Bendera Malaysia dibakar: Annuar Musa kantoi sebar gambar lama

SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki.

Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud, 

"Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,"


Namun Annuar Musa jelas sekali kantoi, apabila gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki berbaju kuning itu sebenarnya bukanlah gambar baharu. Gambar itu dikesan telah wujud sejak tahun 2013 lagi.

Malah kejadian membakar bendera Malaysia itu bukanlah berlaku di negara ini. Ia berlaku di negara jiran Filipina dalam satu tunjuk perasaan membantah gerakan ketenteraan Malaysia terhadap kumpulan bersenjata Filipina di Sabah.

Individu berkenaan dilaporkan bernama Abner Afuang, seorang bekas pegawai polis Filipina. Gambar itu dipercayai kali pertama dimuat naik ke Internet menerusi laman sesawang sumber berita ABS CBN. Bertarikh 03 Jun 2013 dan foto itu diambil oleh jurugambar Lito Diaz.


Gambar lelaki berbaju kuning membakar bendera Malaysia ini, juga sebelum ini pernah viral dikaitkan kononnya lelaki itu adalah salah seorang peserta himpunan bersih, tujuannya tidak lain untuk memfitnah Himpunan Bersih.

Kalau kita lihat di media sosial, kebelakangan ini, memang banyak machai-machai jahat menyebarkan gambar-gambar lama bendera Malaysia terbalik, untuk menanam persepsi negatif terhadap negara.

Namun amat malang bila Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Setiausaha Agung Umno, turut sama terlibat melakukan kerja jahat dan fitnah seperti ini.

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa (cepat klik sebelum dia padam)

"Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,"

16 Comments

  1. Penyokong2 kleptokrat mcm annuar ini akan buat apa sj utk mengipaskan bara perkauman agar tercetus kebakaran besar demi kepentingan politik masing2. Malangnya lebai skrg sokong org mcm ni, diikuti pengikut buta mrk yg setia tak berbelah bagi. Oh Malangsia!

    ReplyDelete
  2. Ada Aku Kesah!!!

    ReplyDelete
  3. NAMPAK GAYA PELAN KERA BABI PH TAK MENJADI…….

    Arab Saudi, Putera Faisal Masuk RM642 Juta Dalam Akaun Najib
    …….

    (Bernama) – Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694.

    Rosli berkata, demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

    Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694?

    Rosli: Ya, ada

    Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki?

    Rosli: Ada

    Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta?

    Rosli:Ya, lebih kurang.

    Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta?

    Rosli: Ada

    Ketika ditanya mengenai undang-undang yang diguna pakai SPRM, supaya AmBank menyemak dengan suruhanjaya itu terdahulu sebelum membenarkan Najib mengakses dokumen banknya, saksi berkata beliau tidak merujuk pada mana-mana undang-undang tetapi menggunakan inisiatif sendiri untuk memberitahu AmBank supaya merujuk kepada SPRM sebelum membenarkan Najib mendapatkan dokumen bank.

    Harvinderjit: Saya mencadangkan, kamu mengarahkan bank supaya tidak memberi dokumen kepada pembelaan supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes dan Rosli menjawab: “Tidak sama sekali, Yang Arif.”

    Saksi itu juga berkata, beliau tidak tahu nama penuh pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    “Seingat saya namanya ialah Aidah, penguat kuasa kanan… tetapi saya tak tahu nama penuhnya,” katanya.

    Harvinderjit: Bukankah Aidah rakan sekerja kamu?

    “Ya, Aidah rakan sekerja saya. Tapi dia bukan isteri saya, jadi saya tak pasti nama penuh beliau,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah.

    Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

    Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

    ReplyDelete
  4. BABI PH MANA TAHU PASAL CUTI…..SEHARI TAK MENYONDOL TAK SENANG DUDUK…..

    Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah diminta bercuti
    ……
    ..

    PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu “menasihatkan” Exco Paul Yong Choo Kiong bercuti daripada tugas-tugas rasmi sehingga perbicaraan kes dakwaan merogol pembantu rumahnya selesai.

    Ia termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan.

    Faizal berkata demikian selepas Peguam Negara Tommy Thomas memaklumkan Adun Tronoh itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

    Paul dinasihatkan bercuti daripada tugas-tugas rasmi dan mesyuarat pembuat keputusan “bagi menghormati proses undang-undang”.

    “Pada masa yang sama, kita juga menghormati prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan.

    Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun, membuat laporan polis mendakwa dirogol Yong di rumah majikannya itu di Meru, Ipoh.

    Sehari selepas laporan dibuat, polis menangkap Paul yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai dalam tempoh 24 jam.

    Faizal berkata proses perundangan terhadap Paul tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan Perak, dan setakat ini tidak ada keperluan untuk melakukan sebarang rombakan drastik.

    “Semua barisan exco sedia ada mampu memikul tanggungjawab untuk menjalankan urusan pentadbiran secara bersama,” katanya.

    Faizal juga mempunyai pesanan kepada keluarga exconya itu, berharap isteri dan anak-anaknya bersabar melalui proses perundangan ke atas Paul.

    “Saya berharap keadilan akan ditegakkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam kes ini,” katanya.

    Faizal juga menyeru semua penyokong Adun Tronoh itu supaya bertenang dan menghormati proses undang-undang, “dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merumitkan lagi keadaan”.

    “Pada masa yang sama, saya menyeru orang ramai turut menghormati proses perundangan dengan tidak membuat sebarang spekulasi dengan cuba mendahului tugas polis, pendakwa dan

    ReplyDelete
  5. DIAM SEMUA….DENGAR APA RAJA TOLol NAK BERTITAH……..

    Tol tetap dikenakan walaupun PLUS diambil alih – PM Mahathir
    ……..

    PUTRAJAYA – Pelaksanaan kutipan tol tetap diteruskan walaupun PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) diambil alih oleh mana-mana entiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan tawaran daripada Maju Holdings Sdn Bhd yang mahu mengambil alih syarikat pengendali lebuh raya itu.

    “Dia nak ambil alih PLUS, kita kaji tengok cadangan itu tapi dia (cadangan Maju Holdings) kena ada tol, tiada tol dia tidak boleh beli, (nanti) dia tidak dapat balik duit.

    “Dia punya cadangan termasuk mengurangkan kadar tol dan dia nak buat macam-macam lagi, nak perbaiki jalan…jadi kita sedang timbang,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

    Dr Mahathir berkata sekiranya kerajaan mahu menghapuskan tol, kerajaan perlu membelanjakan duit yang banyak untuk mengambil alih konsensi lebuh raya.

    “Sekarang kita dapati bahawa…perkara pertama jika kita tidak mengutip tol, kita mesti membeli lebuh raya itu dan ia melibatkan kos berbilion-bilion.. dan kita tidak mempunyai wang.

    “Perkara lain ialah jika kita berjaya membeli, kita perlu membelanjakan wang untuk menyelenggaranya.

    “Jadi, orang ramai perlu perlu memahami masalah yang kita hadapi,” katanya.

    Dr Mahathir berkata selain itu sekiranya tol dihapuskan, bagaimana sesebuah lebuh raya itu akan diselenggara.

    “Masalahnya ialah lebuh raya perlu diselenggara, perlu diperlebar, ditambah lorong baharu. Semua melibatkan wang.

    “Belum ada keputusan muktamad. Kita masih menelitinya,” kata beliau.

    Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS turut mengendalikan Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

    — BERNAMA

    ReplyDelete
  6. PUNCA ZN DIHINA OLEH PH……

    Semakin Hampir Penyatuan Ummah DiRealisasi, Semakin DAP Dan Konco-Konconya Susah Hati

    Dah lebih setahun Pakatan Harapan membentuk kerajaan…

    Dah lebih setahun, penimpin Pakatan Harapan menikmati kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri…

    Dah lebih setahun rakyat memberikan mandat pada pemimpin Pakatan Harapan untuk menunaikan janji-janji bulan bintang yang mereka sendiri taburkan…

    Dah lebih setahun, rakyat kecewa dan ternanti-nanti supaya Pakatan Harapan dapat tunaikan janji-janji bulan bintang mereka, kalau tak semua, sebahagian pun tak apa…

    Tapi penantian rakyat ibarat menunggu kucing bertanduk…

    Dah lebih setahun, rakyat ditipu hidup-hidup dan dikencing sebasah-basahnya oleh Pakatan Harapan…

    Tapi masih ada lagi rakyat yang buta mata hatinya, menutup mata dan telinganya dari melihat dan mendengar kebenaran sekeliling mereka…

    Untuk mereka yang istimewa ini, admin tuliskan perkembangan dan keadaan terkini setiap parti dalam Pakatan Harapan dan perbandingannya dengan keadaan UMNO dan PAS…

    Baca, renung dan lihatlah devgan matahati kerana disitu akan dilihat kebenarannya…

    PKR

    Dah terang lagi bersuluh, PKR bukan lagi ibarat retak nenunggu belah tapi ibarat retak yabg dah mula terbelah…

    PKR ada 2 puak, kem kartel yang pro Azmi dan kem otai reformasi yang pro Anwar…

    Masing-masing sedang mencari jalan dan kesempatam untuk makan antara satu sama lain…

    Kem kartel yang pro Azmin cuba sedaya upaya untuk kekalkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri…

    Sebab apa?

    Untuk bagi ruang dan masa yang secukupnya untuk Azmin ‘clear the wind’ atas kes Semburit…

    Musuh utama kem kartel, selain dari Anwar dah tentu ler Dato’ Lokman Adam…

    Sebab tu serangan kem kartel pada Lokman Adam makin meningkat sejak kebelakangan nie…

    Mana tak marah beb, kem kartel dok sibuk nak ‘divert’ cerita Semburit, Lokman Adam pulak dok perangatkan cerita Semburit…������

    Tapi apa yang Lokman Adam buat, patut dipuji sebab berani hadapi risiko yang bukan kecik anak semata-mata nak bongkar kebenaran…

    ReplyDelete
  7. Kenapa risikonya besar…

    ‘Bear in our mind’, yang ‘back up’ kem kartel ialah ‘Malaysia Poltical Gods’, Dr. Mahathir…

    Tapi satu perkara yang kem kartel terlepas pandang, dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (7), rakyat Malaysia yang TIDAK dilahirkan di Malaysia TIDAK LAYAK menjadi Perdana Menteri…

    Dan Anwar Ibrahim sudah PASTI MAKLUM mengenai perkara tu…

    Persoalannya sekarang, adakah Azmin gunakan Dr. Mahathir untuk berlindung dan menurunkan suhu cerita Semburit supaya laluan ke Pejabat Perdana Menteri menjadi mudah atau Dr. Mahathir yang gunakan Azmin untuk terus berkuasa dan menyerap tekanan dari kem Anwar?

    Kem otai reformasi pulak sedang berikan tekanan yang hebat pada Dr. Mahathir untuk percepatkan proses peralihan kuasa pada Anwar (BACA DI SINI) dan (DI SINI)…

    Relaklah der, dengar cerita, ikut perjanjian mulut, 2 tahun…

    Nie baru setahun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri…

    Lagipun Dr. Mahathir dah banyak signal dan terakhirnya bila Dr. Mahathir kata, kitab manifesto Pakatan Harapan dah boleh dibuang!!!

    Maksudnya apa yer…������

    Kalau Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tekanan untuk serahkan jawatan Perdana Menteri pada Anwar Ibrahim, maka itu berarti ‘game over’ pada Azmin dan kem kartel…

    Serangan ke atas Azmin itu sendiri sebenarnya adalah lafaz taqlik Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali dan kem kartel…

    Talak akan dijatuhkan bila peralihan kuasa ‘benar-benar berlaku’…

    PPBM

    Admin tak faham dengan halatuju Bersatu dan admin percaya, ramai ahli Bersatu diperingkat akar umbi pun sekarang tak tahu apa halatuju parti…

    ReplyDelete
  8. Apa misi dan visi sebenar parti Bersatu?

    Siapa pemimpin pelapis seandainya Dr. Mahathir pergi buat selama-lamanya atau undi tak percaya betul-betul dilakukan ke atas Dr. Mahathir?

    Din Pagoh, Maszlee Malik atau budak lidah pendek tu?

    Sengaja admin tak letak nama Boboi sebab karier politik Boboi kemungkinan besar akan berkubur selepas Dr. Mahathir tiada di sisi Boboi atau pun Dr. Mahathir ditumbangkan…

    Dengan parti masih berstatus penaja, Mesyuarat Bahagian tak dapat dibuat sebab tak cukup korum atau lebih banyak kerusi yang hadir dari ahli PPBM…

    Akar umbi berbondong-bondong tinggalkan Bersatu, masa depan Bersatu cukup kelam…

    Yang pucuk pimpinan dok fokus nak ‘bunuh’ UMNO supaya ahli UMNO masuk Bersatu tapi makin cuba dibunuh, UMNO nampaknya makin gagah…

    Nak pujuk PAS masuk Bersatu, ‘tak dok selera’ kata Tuan Guru Hj. Hadi Awang…������

    DAP

    ReplyDelete






  9. Hala tuju DAP jelas…

    Memastikan polisi yang mereka mahu diterapkan dalam kerajaan dan tidak akan berganjak walau apa sekalipun…

    Malah mereka tidak bersetuju pun dengan hala tuju Dr. Mahathir…

    Mereka sudah memberi komitmen akan duduk dalam Pakatan dan mengubahnya dengan mandat Pakatan (BACA DI SINI) dan (DI SINI)…

    Yang jadi masaalah terbesar DAP ialah masih gagal menarik undi Melayu dan DAP sedar, kalau nak terus duduk di Putrajaya, undi Melayu adalah sangat penting…

    Strategi ‘Melayu Skrew Melayu’ DAP, berjaya pecahbelahkan undi Melayu tapi bagaikan kena renjatan letrik bila usaha Penyatuan Ummah Insya Allah akan menjadi kenyataan…

    Sebab tu DAP cuba berbagai-bagai cara untuk menakutkan MCA dan MIC supaya tentang Penyatuan Ummah…

    Kalau usaha tu berjaya, UMNO dan PAS akan dilihat sebagai parti yang rasis dan golongan Cina, India dan Melayu Liberal serta Melayu Morderate akan menolak UMNO dan PAS…

    Tapi alhamdulillah, strategi licik DAP nampaknya gagal mempengaruhi MCA dan MIC…

    Tapi DAP masih terus berusaha memainkan sentimen perkauman dan keagamaan dengan isu Tulisan Jawi dan Dr. Zakir Naik!!!

    ReplyDelete




  10. Doktrin anti PAS yang ditanamkan oleh Dr. Mahathir sewaktu menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun begitu berkembang subur di hati orang-orang UMNO…

    Luka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir kepada PAS selama puluhan tahun seakan-akan tiada penawarnya pada orang-orang PAS…

    Pemimpin PAS mana yang tidak dihina dan dikeji oleh Dr. Mahathir…

    Ianya pasti menambahkan kesakitan ke atas luka yang sedia ada kepada orang-orang PAS yang terkenal dengan semangat dan sikap walak pada pemimpin…

    Namun kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 telah membuka hijab kebencian selama ini…

    Orang-orang UMNO tersedar bahawa selama ini mereka terpengaruh dengan doktrin kebencian pada PAS yang ditanamkan oleh Dr. Mahathir selama ini…

    Pemimpin-pemimpin dan orang-orang PAS bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir malah ianya hanyalah manifestasi dendam kesumat peribadi Dr. Mahathir kepada PAS kerana pernah tewas di tangan Allahyarham Tuan Guru Hj. Yusof Rawa dalam PRU 1969 dan keputusan orang Melayu memberikan undi kepada PAS kerana marah dengan strategi Dr. Mahathir kerana memanjakan bangsa Cina pada kempen PRU 13 yang lalu…

    Bagi orang PAS, selepas keluarnya Dr. Mahathir dan talibarut Dr. Mahathir dari UMNO, seakan baru mereka tersedar bahawa UMNO dan Dr. Mahathir adalah 2 entiti yang berbeza…

    Benar UMNO pernah melukakan PAS tapi ianya dilakukan ketika Dr. Mahathir berada di puncak kuasa sewaktu menerajui UMNO dan Barisan Nasional dahulu…

    Inilah hikmah dan kasih sayang dari Allah SWT kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia…

    Kekalahan UMNO dalam PRU 14 membuka ruang yang cukup luas untuk penyatuan ummah di Malaysia yang selama ini berpecah belah…

    Pada Melayu PKR, Melayu PAN, Melayu Bersatu, penyatuan ummah menjemput dengan hati dan tangan terbuka kepada semua untuk sama-sama dalam jemaah ummah di Malaysia…

    Kepada yang bukan Islam, Cina, India dan Bumiputera bukan Islam, janganlah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah jahat DAP…

    Penyatuan ummah tidak akan mengenepikan sesiapa…

    Lihatlah sewaktu pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun dan lihatlah pemerintahan PAS di Kelantan, tiada Cina atau India atau Bumiputera bukan Islam yang ditindas atau dizalimi…

    Mungkin Inilah Sebabnya Kenapa
    Dr. Zakir Naik DiSerang

    Penyatuan ummah adalah untuk menyatukan kuasa politik Melayu Islam supaya kestabilan politik, ekonomi dan sosio budaya di Malaysia dapat dipulihkan seperti yang pernah sama-sama kita nikmati sebelum ini…

    Keadaan kacau bilau dan ketegangan kaum yang sedang berlaku sekarang adalah hasil dari pemerintahan yang berusia setahun jagung dari Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP…

    DAP lah yang paling kuat menentang penyatuan ummah dan parti DAP lah yang menyebabkan semua ketidakstabilan dalam negara kita…

    Apakak kita masih lagi mahu terpengaruh dan terus hidup dalam keadaan yang penuh kekacauan seperti hati ini?

    Renungkanlah dengan matahati kita dan tepuk dada, tanyalah selera…

    Kredit :

    Fb Asraf Ismail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejaan kelantan yg buat program tu. Biar kejaan kelantan selesaikan.

      Delete
  11. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete
  12. Kenapa marah PH, masih totok dengan peminpin dulu yang merompak duit rakyat, beri masa utk mempulihkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  13. Do you need a loan at 3% to pay your bills or start up a business of your own? If yes ,contact US with this following details.Whats-app number: +91-9818603391 Email: abubakarloanservice@gmail.com

    ReplyDelete

  14. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans atlow interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    Do you need an urgent loan at 3% APPLY:
    Whats App +91-8546023893
    clemalphafinance@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Borrow money here today at 3% interest rate. Sawda Capital Finance offers all kinds of financial services of all sizes ranging from individuals, companies, and traders globally./Our services are 100% guaranteed and risk-free.

    We build just the right financing for each client, with simple paperwork, quick approvals, and flexible payment schedules. For further details, Kindly contact us via email At sawda.finance@gmail.com

    Intermediaries/Consultants/Brokers are welcome to bring their clients and are 100% protected. In complete confidence, we will work together for the benefits of all parties involved, Looking forward to rendering the best of our services to all esteemed clientele globally.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan