Loading...

Haramkan sawit: Malaysia dan Indonesia mahu bawa Kesatuan Eropah (EU) ke mahkamah

KERAJAAN Malaysia dan Indonesia dilapor sedang mempertimbangkan untuk mengheret Kesatuan Eropah (EU) ke mahkamah keadilan antarabangsa berhubung inisiatif pengharaman minyak sawit lapor Nikkei Asian Review.

Susulan lawatan rasmi Presiden Indonesia Joko Widodo awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia berasa bimbang dan kecewa dengan kempen publisiti negatif terhadap minyak sawit di Eropah.


"Kami sangat kecewa dan kami rasa ini (kempen anti minyak sawit) sebenarnya bukanlah kerana minyak kelapa sawit berbahaya kepada kesihatan, tetapi lebih kepada persaingan di dalam perdagangan minyak makan," kata Dr Mahathir memberitahu Nikkei Asian Review dalam satu temu bual, sambil menambah, Malaysia dan Indonesia kini sedang mempertimbangkan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah keadilan antarabangsa di The Hague.

"Ini tentang dagangan dunia, dan kita perlu melihat amalan perdagangan dahulu. Sekiranya ia melanggar mana-mana undang-undang antarabangsa, sudah pasti kita akan bawa ianya ke mahkamah antarabangsa," katanya.

Menurut Perdana Menteri kedua-dua negara telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dua hala bagi menangani serangan publisiti negatif terhadap penggunaan minyak sawit.

Menurut Perdana Menteri terdapat sedikit peningkatan sentimen dikalangan warga Eropah terhadap minyak sawit disebabkan oleh pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh agensi-agensi minyak sawit Malaysia.

"Terdapat sebahagian maklum balas terhadap kempen-kempen kita. Sekiranya maklum balas ini jadi kenyataan dan meningkatkan kesedaran tentang keperluan masyarakat Eropah untuk tidak mendiskriminasi kelapa sawit, idea untuk memboikot ini tidak akan dilakukan," katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete
  2. Akhirnya saya mendapat hutang saya dan saya mempunyai wang yang cukup untuk membeli-belah Krismas saya. Semuanya berlaku kerana saya tersandung ke alamat e-mel ini blankatm002@gmail.com pada mulanya saya sedang mencari untuk mendapatkan pekerjaan tambahan untuk meningkatkan gaji saya dan saya dapati bagaimana kad atm kosong dari syarikat ini memberikan anda lebih dari $ 20,000 semua dalam 1 bulan. Pada mulanya saya walaupun ia adalah satu lagi skim internet sehingga saya melihat beberapa ulasan bagaimana kad kosong ini dari syarikat ini telah mengubah kehidupan ramai tanpa teragak-agak saya memerintahkan untuk kad dan dalam masa kurang dari 7 hari ia telah disampaikan kepada saya dan ejen itu menunjukkan saya bagaimana ia berfungsi dan ia telah diuji hanya 3 minggu dan segala-galanya seolah-olah kurang tertekan syarikat ini telah benar-benar mengubah hidup saya dan taraf hidup. Saya akan mengasihi anda di laman web ini untuk melawat blankatm002@gmail.com dan dapatkan kad hari ini untuk mengurangkan stres dan mendapatkan wang yang baik dengan cepat.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda