Bintang bucu 5 mirip ciptaan asal jalur gemilang

DUA tiga hari ini kecoh di media sosial berhubung isu jalur gemilang dengan bintangnya berbucu 5, pelbagai ulasan dan pendapat berhubung isu itu boleh kita baca.

Aku cuba membuat sedikit carian, hasilnya aku dapati rekaan jalur gemilang dengan bintang berbucu lima itu sebenarnya merupakan ciptaan asal jalur gemilang sebelum munculnya rekaan yang sedia-ada pada hari ini.

Berdasarkan sejarah pada 10 Ogos 1949 satu pertandingan untuk mencipta panji Persekutuan pada masa itu disebut sebagai "Panji Federation" telah diadakan, di mana orang ramai diminta untuk menghantar rekaan untuk diadili.

Sejumlah 373 rekaan panji Persekutuan telah diterima, dan dari jumlah itu hanya 3 (tiga) yang disenarai pendek. Antara yang tersenarai ialah, sebuah rekaan panji dengan bintang berbucu 5 (lima) dan mempunyai 11 (sebelas) jalur-jalur melintang.

Panji Persekutuan

Namun difahamkan, jalur-jalur melintang rekaan yang dihantar oleh seorang arkitek itu berwarna biru dan putih.

Akhirnya rekaan panji persekutuan dengan bintang berbucu lima (5) seperti dalam gambar di atas telah diterima namun diberikan beberapa perubahan, di mana bucu bintangnya diubah kepada 11 (sebelas) bucu, dan jalurnya kekal dengan 11 (sebelas) jalur-jalur melintang melainkan warnanya ditukar kepada jalur merah dan putih — rujuk foto di bawah.

Panji Federation

Kalau kita lihat panji Federation ini sangat mirip dengan jalur gemilang berbucu 5 yang menjadi kontroversi beberapa hari ini.

Jalur Gemilang berbucu lima

Apapun aku tidak bercadang mempertahankan sesiapa atau mahu mengecam mana-mana pihak dalam isi ini. Aku sekadar menambahkan maklumat dalam pertimbangan dan penilaian kita berhubung hal ini.

7 Comments

  1. Hoi bodoh, takkan sebodoh tu org yg naikkan bendera malaysia adanbintang bucu lima...kalau google adakah image yg keluar tunjuk bendera lama bucu lima?
    Jgn jadi bodohlah...agak agaklah nak menjilat dap...
    Yg terbaru bendera perak...
    Cukuplah jadi bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah Milo Sudah basi???

      Delete
    2. Ahli Politik MCA adalah Presiden MABA.

      Mungkin tindakan pendakwaan di Mahkamah wajar dibuat kepada mereka yang memalukan dan menjatuhkan imej negara.

      Delete
  2. Tak peduli dgn situasi dan sejarah negara.
    Klu mrk berkuasa penuh maka jadilah spt negara jiran yg mengiktiraf israel. Tak terkejut jika suatu hari nanti akan berlaku dgn pelbagai alasan utk mrk menyokongnya.
    Klu dana mrk sanggup terima..apalah sgt hbgn diplomatik jika kepala sekor2 macai2 melayu di bwh tapak kaki mrk.

    ReplyDelete
  3. Tolong jilat habih2 kahak lendir DAP tu. Tingkatkan kebodohan dan bangang untuk warisan anak cucu anda. Carilah alasan2 untuk merasionalkan bendera 5 bucu.Bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan Presiden MABA adalah merupakan tokoh politik dari MCA, dan tindakan kecuaian yang dilakukan adalah amat memalukan dan merosakkan maruah serta integriti Negara Malaysia, Maka wajar MCA diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana mengancam kedaulatan Negara Malaysia.

      Atau wajar Ahli Politik MCA tersebut didakwa di Mahkamah Malaysia.

      Delete
    2. Setelah 62 tahun Merdeka dan hampir 61 tahun MCA berada di dalam Kerajaan, apa alasan tidak mengetahui bentuk Bendera Malaysia?

      Mungkin wajar Sistem Vernakular di dalam Sistem Pendidikan Negara Malaysia wajar dihapuskan.

      MCA menentang pendidikan Sistem Tulisan Jawi dan Agama Islam, wajarkah mereka diambil tindakan kerana tidak patriotik dalam menjaga imej dan warasan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan?

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan