Tak benarkan abu Chin Peng pulang jahil kata bekas Ketua Polis

RAKYAT Malaysia yang tidak berpuas hati dengan "abu mayat Chin Peng" diminta membaca perjanjian yang telah ditandatangani oleh tiga pihak, Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang kini sudah tidak berfungsi lagi kata bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor lapor — Malay Mail.

Chin Peng

Menurutnya, mereka yang tidak berpuas hati tentang tindakan membawa pulang abu mayat bekas Setiausaha Agung PKM itu, sama ada jahil tentang perjanjian, atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa komunisme sudah tidak ada tempat di negara ini, ataupun mereka memang rasis.

"Perjanjian itu sendiri menunjukkan bahawa negara mahu melupakan perkara yang lalu dan bergerak ke hadapan selepas keamanan dicapai. Dan sejak perjanjian ditandatangani, tidak ada lagi sebarang tanda percubaan ahli ahli komunis untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka ataupun menubuhkan sebuah parti komunis yang baru," katanya.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua cawangan khas polis Dan telah terlibat secara langsung dengan perjanjian damai Had Yai yang menyaksikan gerila PKM meletakkan senjata 30 tahun yang lalu.

Tambahnya lagi perjanjian itu membenarkan semua pemimpin pemimpin PKM untuk kembali ke Malaysia, termasuklah China Peng, kerana mereka tidak lagi menghidupkan fahaman komunis.

"Jadi kalau chin Peng telah dibenarkan untuk kembali, kenapa semua bising kata abu mayatnya tidak patut dibenar berada di sini? Semua rakyat Malaysia patut melihat isu ini berdasarkan Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani oleh PKM dalam tahun 1989," katanya.

5 Comments

  1. Alahai...ko petik sebahagian jer kata2 rahim noor tu cai.
    Syarat perjanjian tu ada.. dan bapak komunis tu bongkak tidak mahu mematuhi syarat dgn memohon warganegara dan mghormati ydp agong. Ada tempoh percubaan dan kursus. Hati komunisnya dibawa sampai mati. Komunis mana hormat agama dan institusi beraja sama dgn penolakan mrk dgn maharaja china dan agama.

    Kalau babi2 tu nak bawak pembunuh rakyat tu balik. Tak perlulah nak provoke tunjuk diri mrk. Apa niat mrk? Bawa jer senyap2. Bukan susah pon.

    Saja jer nak tunjuk KERAjaan semburit adalah milik dan dikuasai dapigs dan dapigs seolah2 ada hubungan sentimentel dgn komunis.

    Bangsatlah mrk tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelaslah chin peng tak menghormati perlembagaan dan rukun negara.
      Tahniah admin kerana sanggup disemburitkan oleh saki baki pemuja chin peng. Beruntung sungguh mereka.

      Delete
  2. Fahami maksud mereka..

    Mereka bakal buat tokong pemujaan simbol merampas kuasa yg belum selesai..

    Kepercayaan mereka agama menyembah nenek moyang..

    Jangan fikir mereka berfikiran sama dgn penganut agama2 lain di dunia

    ReplyDelete
  3. Adoiyai.. silap besar la kalau kata Melayu Malaysia Jahil. Melayu sifatnya tidak boleh direndahkan. Walaupun benar jahil, tapi jangan katakan dengan terbuka. Jika direndahkan juga, mereka akan cuba tegakkan kebenaran di pihak mereka dengan auta-auta yg akan lebih memalukan. Sekiranya gagal, mereka akan gunakan bahasa kesat dan mencarut. Akhirnya, imej kita (Melayu) akan dinilai buruk. Maka saya merayu... berjanjilah, jangan sesekali katakan sesuatu yg tak bagus pada bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  4. Cuba tgk sejarah, chin peng bukannya calang calang orang Masa dia jadi leader ,berapa ramai rakyat dibunuhnya dgn zalim. Dia tidak memilih bulu, melayu ke cina ke semua di bunuh oleh pengikutnya . boleh di ketegerikan ala NAZI caranya . Tiada belas ehsan punya.. Tak layak utk bumi malaysia. full stop.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan