Tak cukup sekadar kerajaan bersih, rakyat mahu PH tunaikan manifesto kata Guan Eng

TIDAK cukup sekadar berubah dari kerajaan yang korup dan rasuah kepada kerajaan yang bersih, rakyat mahu Pakatan Harapan tunaikan janji-janji dalam manifesto.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan pengundi kaum cina sekaligus menyumbang kepada kekalahan teruk calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai baru-baru ini.

Lim Guan Eng Tanjung Piai

"Sekadar mengatakan bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan yang bersih, berbanding kerajaan dahulu itu tidak mencukupi, (apa) yang rakyat mahu lihat ialah kita dapat menunaikan janji-janji yang kita buat,"

"Oleh itu saya rasa adalah penting, bahawa Pakatan Harapan memberikan tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut sepertimana yang telah berikan dalam manifesto pilihanraya besar (PRU) Pakatan Harapan," katanya.

Menurutnya Pakatan Harapan perlu mewakili seluruh rakyat Malaysia dan perkara itu perlu diberikan penekanan.

"Perlunya Pakatan Harapan mewakili semua rakyat Malaysia dan perkara ini harus diberikan penekanan, memang Pakatan Harapan adalah kerajaan untuk semua, dan saya rasa ini antara mesej yang rakyat nak sampaikan," katanya.

Tambahnya lagi kerajaan akan terus berusaha untuk mendengar mesej-mesej yang diutarakan oleh rakyat dan beliau yakin sekiranya kerajaan berusaha bersungguh-sungguh rakyat sendiri akan menilai sekaligus memihak kepada Pakatan Harapan.

1 Comments

  1. Habis jahanamlah PAS,PIS, PUS,BeeEnd, UMNO, MIC serta MCA sekaligus!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan