Anwar gesa hentikan sidang anti jawi kerana akan hangatkan suhu politik dan kaum

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dong Zong agar tidak meneruskan sidang anti jawi kerana dikhuatiri akan meningkatkan suhu politik dan kaum di negara ini.

Anwar Ibrahim

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau turut menggesa semua pihak termasuk Dong Zong supaya kembali ke ruang dialog.

"Penganjuran sidang anti Jawi akan mengundang reaksi sidang pro Jawi. Perlu diingati bahawa tulisan jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara,"

"Bahasa Melayu yang kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab, yang diubahsuai kepada tulisan jawi,"

"Ikhtiar tersebut perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran lintas budaya. Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya," katanya.

Tambahnya lagi keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran.

"Saya ingin menggesa rakan-rakan khususnya Dong Zong dan pertubuhan Melayu lainnya agar tidak meneruskan dengan sidang anti atau pro Jawi."

1 Comments

  1. ini baru Jantan.. kita perlukan Nuar yg mcm ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan