Azilah mahu kes bunuh Altantuya dibicara semula — Peguam

BEKAS anggota unit tindakan khas (UTK), Azilah Hadri yang sebelum ini disabitkan bersalah kerana membunuh Altantuya, seorang penterjemah warga Monggolia pada tahun 2006 mahu kes itu dibicarakan semula.

Azilah Hadri

Peguamnya, J Kuldeep Kumar hari ini dilapor memfailkan satu permohonan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015, yang membatalkan pembebasan Azilah bersama seorang lagi individu.

Permohonan Azilah disertai dengan satu kenyataan bersumpah (SD) yang mana dalam kenyataan itu dia mendakwa bekas Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkannya melakukan pembunuhan terhadap Altantuya.

BACA JUGA — Dari Penjara Kajang, Azilah mengaku Najib Razak arah bunuh Altantuya

"Saya boleh sahkan bahawa terdapat Peraturan 137 permohonan dan semakan permohonan disokong oleh satu afidavit. Itu saja yang saya boleh beritahu," kata Kuldeep kepada pihak media selepas pengurusan kes.

Peraturan 137 Undang-undang Mahkamah Persekutuan 1995 menyatakan bahawa mahkamah boleh mendengar sebarang permohonan atau membuat sebarang perintah yang mungkin perlu bagi mengelakkan ketidakadilan atau untuk mencegah penyalahgunaan proses mahkamah.

Ditanya sama ada beliau akan menyerahkan kenyataan bersumpah Azilah kepada pihak polis, Kuldeep berkata, "secara asasnya saya tidak ada sebarang komen berhubung perkara itu buat masa ini,"

4 Comments

  1. Rasanya perlu dihentikan segera fitnah sebegini. Amat memalukan kerajaan ph setelah populariti ph jatuh menjunam.
    Apa yg berlaku menambahkan lagi rasa benci rakyat setelah teruk kalah di tanjung piai.
    Logikkah seorg pegawai polis yg cukup terlatih dan berpengalaman sebegitu menerima arahan bunuh dpd tpm. Sebelum itu dikatakan dpd isteri tpm.
    Semua tahu arahan SOP seberat itu dtgnya dpd pihak atasan tertinggi.
    Takkan sebodoh itu rakyat ingin ditipu setelah penipuan sblm pru14 masih lagi berbekas.

    Dengan tiadanya SD yg sampai ke tangan pihak polis menambahkan lagi rasa tidak yakin dan kurang percaya rakyat kpd kredibiliti dan integriti kerajaan ph.
    Amat memalukan..kes adib dan video semburit belum lagi selesai. Kes 1mdb dan src yg kini menjadi bahan lawak kepada kerajaan ph juga belum selesai.
    Timbul pula SD azilah yg dimaklumkan pihak polis belum diterima oleh pihak mereka amat memalukan buat kerajaan ph yang dipalit sebagai kerajaan kaki fitnah dan penipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes ini akan menjawab persoalan lebih sedekad, kenapa dua orang anggota polis elit (UTK) Bukit Aman boleh tergamak bunuh seorang wanita Monggolia yang tidak dikenali olehnya.

      Dari dulu lagi kita tidak tahu apa sebenarnya motif kedua-dua anggota polis itu tergamak membunuh dan meletupkan wanita Mongolia itu.

      Tambah pula, bagaimanakah maklumat perjalanan Altantuya masuk ke dalam negara ini boleh dipadam dari pengkalan data Imigresen Malaysia?

      Ini persoalan yang sangat penting perlu dirungkai dan didedahkan kepada semua rakyat Malaysia.

      Delete
  2. Kota saat ini: Balikpapan
    WhatsApp: +6281617538564
    Pesan teks: +6281617538564
    baris: +6281617538564
    E- info: zalinadiato@gmail.com

    Assalamualaikum,nama saya Zalina Dianto, saya telah mengirim pesan di blog ini 3 tahun yang lalu. Saya ingin memberi tahu semua orang bahwa semua kesaksian pinjaman dan saran pinjaman semuanya palsu dan semua pembohong. Saya ditipu oleh banyak orang di blog ini, Sebelumnya , saya diperkenalkan ke perusahaan pinjaman terkemuka yang terdaftar dan memiliki situs web. Perusahaan pinjaman ibu muslim terkemuka memberi saya pinjaman sebesar RP 3,5 Triliun dengan tingkat bunga sangat rendah 1%. AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM PERUSAHAAN NYATA DAN 100% TERJAMIN. tolong, saya punya banyak expirience dengan pemberi pinjaman pinjaman palsu saya telah menunjukkan bagaimana mengetahui pemberi pinjaman palsu, harap baca ini akan membantu dan menyatukan Anda .insya allah
    BAGAIMANA CARA MENGETAHUI KREDIT PINJAMAN YANG PALSU
    Peminjam palsu tidak perlu meminta jaminan dan tidak ada situs web,Peminjam palsu tidak memiliki sertifikat bisnis,Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk pinjaman, Peminjam palsu tidak menggunakan gmail, tidak ada domine, Peminjam palsu tidak memiliki alamat kantor fisik, Pemberi pinjaman palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya trans.
    ajukan sekarang dan dapatkan pinjaman Anda
    Daftar Sekarang : (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan