Azilah tahu risiko ditanggung jika SD dibuatnya palsu kata peguam

BEKAS anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri yang mengeluarkan kenyataan bersumpah (SD) mendakwa Najib Razak mengarahkannya untuk membunuh Altantuya Shaariibuu tahu risiko yang terpaksa diambil jika dakwaannya palsu dan tidak berasas.





Americk Sidhu

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Americk Sidhu, peguam yang sebelum ini telah membantu menyediakan kenyataan bersumpah dua kes berprofil tinggi melibatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan timbalan pendakwaraya Kevin Morais.

Menurutnya, Azilah Hadri yang kini sedang menunggu hukuman mati selepas disabitkan bersalah membunuh 19 tahun lalu, tahu bahawa kredibilitinya akan tercemar jika dakwaannya dalam kenyataan bersumpah adalah palsu.

"Azilah telah memilih untuk menggunakan SD bagi menguatkan kredibiliti permohonannya tentang apa yang ingin dikatakan berhubung jenayah itu,"





"Dia juga sangat tahu bawa dia bakal berdepan pendakwaan jenayah sekiranya SD itu tidak berasas dan munasabah,"

Azilah yang telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya bersama dengan rakannya Sirul Azilah Umar, telah melampirkan satu SD dalam permohonannya kepada Mahkamah Persekutuan minggu lalu untuk mendapatkan satu semakan terhadap kes itu.

Dia mahu mengetepikan sabitan dan mendapatkan satu perbicaraan baru.

Dalam SD itu, menurutnya antara lain bekas kekasih Altantuya, Abdul Razak Baginda dan pegawai polis kanan, Musa Safri tahu tentang "arahan" dari Najib.






Razak Baginda telah dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya manakala Najib telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam kes itu.

Kata Americk Sidhu, peguam yang pernah menyediakan SD pertama P Balasubramaniam, atau lebih dikenali sebagai PI Bala, Azilah telah mengesahkan kandungan kenyataan adalah benar secara bersumpah.

Tambahnya seorang individu boleh didakwa dengan pelbagai kesalahan membuat SD palsu di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kenyataan Bersumpah.

SD PI Bala yang pertama telah dibaca dalam satu kenyataan media bertarikh 3 Julai, 2008 yang mana dia mendakwa Najib terlibat secara langsung di dalam pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun dia telah mengeluarkan SD kedua hari berikutnya bagi menafikan kenyataan bersumpah yang pertama sebelum menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya.






Americk Sidhu juga bertanggungjawab membantu menyediakan SD dalam tahun 2015 untuk Charles Morais, yang mendakwa bahawa pembunuhan abangnya Kevin Morais ada kaitan dengan kertas pendakwaan yang disediakan olehnya untuk mendakwa "seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi,"

Dalam satu sidang media yang dipenuhi oleh wartawan di pejabat Americk pada 25 November 2015, Charles memberitahu bahawa Kevin sebelum dibunuh pernah mengaku sedang menyediakan kertas pendakwaan di Pejabat Peguam Negara.






Enam individu telah didakwa membunuh Kevin, sementara seorang ahli patologi Dr R Kunasegaran telah didakwa bersubahat. Kes itu sehingga kini masih berlangsung di mahkamah.

Dalam kedua-dua kejadian, kata Americk dia telah dikecam. Namun ketika polis merakamkan kenyataannya berhubung kedua-dua SD itu, tiada mana-mana SD yang dibuktikan palsu tambahnya.

5 Comments

  1. KEMPEN BACA YASSIN SELURUH NEGARA

    Lepas sumpah laknat 'Jom kempen Baca Yassin seluruh negara' sekali kan solat hajat sekali ...hentikan fitnah kotor

    Kempen baca yassin setiap malam setelah sumpah laknat untuk hentikan politik kotor fitnah jijik

    Suma yang dah menyampah dengan politik fitnah jijik selama 22++ tahun ... jom semua baca yassin setiap pembaca dlm blog ini dan sebarkan.. kita ramai ramai baca yassin supaya sang fitnah memgelupor kepanasan bersama anak cucu...


    sebarkan pada blog blog lain... ayoh rakyat malaysia hentikan politik kotor fitnah jijik oleh pemimpin fitnah ini.. Kalau kempan solat hajat dan baca yassin sekali pun ok jugak ...


    ayohh sebarkannn...!!!

    ReplyDelete
  2. Peminum toddy buat kenyataan berbelit2..

    Melayu percaya leling toddy?

    ReplyDelete
  3. Baik percaya keling todi dari percaya perompak..pembunuh..

    Kadang2 statement bodo kena jawab secara bodo jugak kakaka

    ReplyDelete
  4. Puak semburit jer layan cerita kaki kencing dan kaki fitnah nie...

    Sama2 mabuk todi dgn keling kaki todi...

    ReplyDelete
  5. As the probverb goes - Dead man tells no tale, but this man who is going to be hang tells a lot of tales through the SD. He has nothing to lose anyway.
    He even went further to make a sumpah laknat to couter another sumpah laknat. At least one of the sumpah laknats must be false if not both.
    Hope we will live long enough to see what Allah will cast on the one who dare to declare the false laknat .

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan