Hukuman merokok di kedai makan bermula 1 Januari 2020

PIHAK berkuasa akan melaksanakan undang-undang dengan tegas dan mengenakan hukuman terhadap individu yang merokok di restoran dan kedai makan mulai 1 Januari 2020 selepas tempoh pemahaman berakhir, kata Timbalan Menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini.

Dr Lee Boon Chye

Tindakan penguatkuasaan termasuklah pemeriksaan rawak bagi menangkap mereka yang melanggar undang-undang itu yang telah diperkenalkan tahun ini namun diberikan tempoh penyesuaian dan pemahaman orang ramai.

"Kita akan menguatkuasakan pengharaman ini dan kami harap akan menerima sokongan orang ramai berhubung perkara ini," katanya.

Menurutnya kementerian mempunyai sejumlah kira-kira 5,000 pegawai kesihatan alam sekitar di seluruh negara yang akan membuat pemeriksaan rawak bagi mengeluarkan saman-saman kepada mereka yang melanggar peraturan itu secara terbuka.

Kesalahan pertama boleh didenda dengan denda berjumlah RM250, dan ia boleh meningkat sehingga RM10,000 sekiranya tidak dibayar dan dibawa ke mahkamah.

Dr Lee menasihatkan para perokok mengambil peluang ini untuk terus berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan ketagihan mereka.

"Perokok boleh ubah tabiat mereka dengan cara tidak merokok di depan orang lain, kerana kita tahu perokok kedua menanggung risiko kesihatan yang lebih besar," katanya.

Tambahnya lagi pengguna rokok nikotin elektronik atau vape akan dilayan serupa seperti perokok.

Menurut Dr Lee, kadar orang dewasa menghisap rokok kini berjumlah 21 peratus, di mana tabiat merokok di tempat awam menurun secara drastik pada tahun lalu.

Peraturan larangan merokok di seluruh tempat-tempat makan secara teknikalnya telah bermula pada 1 Januari tahun ini namun fokus kita kepada mendidik orang ramai dan memberi kesedaran bukannya menghukum.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan