India protes kenyataan Tun M, duta Malaysia dipanggil

KERAJAAN India dilapor telah memanggil duta Malaysia untuk memprotes kenyataan terbaru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Pindaan Akta Kerakyatan (CAA) yang baru diluluskan oleh negara itu.

Tun Mahathir Kuala Lumpur Summit

Times of India sebuah sumber berita yang berpengkalan di Mumbai, memetik sumber pegawai sebagai berkata bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar India berkata, kenyataan seperti itu "tidak menjaga hubungan dua hala dan bukan amalan demokratik yang diterima untuk tidak campur tangan dengan hal ehwal dalaman negara masing-masing,"

Sebelum ini kementerian itu telah menuduh kenyataan Dr Mahathir sebagai "tidak tepat faktanya," — dengan mendakwa bahawa undang-undang itu bertujuan untuk mempercepatkan kewarganegaraan mereka yang disifatkan sebagai minoriti teraniaya dari tiga buah negara.

Ia juga meminta Malaysia supaya menahan diri dari memberi ulasan berhubung hal ehwal dalaman negara India tanpa fakta-fakta yang betul.

Dr Mahathir menyifatkan CAA sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap Muslim dalam ucapannya di Persidangan Kemuncak Kuala Lumpur — sebuah persidangan pemimpin-pemimpin dunia Islam untuk berbincang masalah-masaalah dihadapi mereka.

Tun Mahathir mempersoalkan keperluan pindaan tersebut, sambil menegaskan bahawa rakyat India yang pelbagai agama telah hidup bersama antara satu sama lain sejak kemerdekaan negara iaitu pada tahun 1948 sambil menambah bahawa ia mensasarkan untuk menyingkirkan populasi muslim dari republik itu.

Katanya lagi tidak dapat dibayangkan undang-undang seperti itu jika dilaksanakan dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia, akan menimbulkan rusuhan dan kekacauan di jalanan.

Parlimen India telah meluluskan pindaan terhadap Akta Kerakyatan 1955 pada 11 Disember, yang memberikan kerakyatan kepada minoriti bukan beragama Islam dari negara Afghanistan, Bangladesh, dan Pakistan yang melarikan diri dari penganiayaan di tengah-tengah bantahan besar di sempadan negara itu yang mengakibatkan sembilan kematian.

Para pengkritik mendakwa tindakan itu merupakan satu langkah oleh Perdana Menteri India Narendra Modi dan partinya Bharatiya Janata untuk mengetepikan sejumlah 200 juta warga Muslim di dalam usaha untuk menjadikan India lebih ramai penganut Hindu.

1 Comments

  1. Sepatutnya Atok kempen jual kelapa sawit kpd negara2 Islam semasa KL summit sebab lepas ni India akan boikot sawit kita. Merana lagi orang felda. Pelik jg ya kenapa Atok tak kritik China sama lantang berkaitan isu Uighur. Nak jd pahlawan Islam boleh pilih2 pula. Aku dah tak iktiraf Atok sebagai PM kerajaan PH. Dia cuma PM kpd kerajaan minoriti Bersatu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan