Loading...

Kenapa aku tak sokong subsidi petrol bersasar?

KERAJAAN Pakatan Harapan dalam manifesto pada pilihanraya yang lepas mahu melaksanakan subsidi petrol bersasar.





Baru-baru ini Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan manifesto itu mulai 1 Januari 2020.

Difahamkan tindakan kerajaan itu kerana sistem subsidi sedia ada bersifat umum dan tidak adil, di mana golongan kaya mendapat manfaat lebih besar berbanding golongan miskin.

Subsidi Minyak

Dalam bahasa mudahnya begini, sebagai contoh golongan miskin pergi kerja naik motosikal, gunakan minyak petrol sehari dalam 1 liter bersamaan dengan RM2.00 secara automatik menikmati subsidi minyak sebanyak 20 sen (kita andaikan kerajaan beri subsidi minyak 20 sen setiap liter).

Manakala golongan berpendapatan tinggi tentu sekali pergi kerja setiap hari naik kereta, gunakan minyak katalah 5 liter sehari, maka golongan ini akan menikmati subsidi minyak sebanyak RM1.00.

Jika kita buat perbandingan, kedua-dua golongan kaya dan miskin ini kita andaikan ke tempat kerja 20 hari sebulan, maka golongan yang menggunakan kereta menikmati subsidi sebanyak RM20 sebulan (RM1 X 20 hari) manakala golongan bermotosikal menikmati subsidi petrol hanya RM4 (RM0.20 X 20) sebulan.

Jadi secara lahiriahnya, nampak seperti golongan kaya yang mendapat lebih manfaat subsidi petrol berbanding golongan berpendapatan rendah. Kerana golongan kaya lebih banyak gunakan minyak petrol berbanding golongan miskin.

Sebenarnya kita kena faham baik-baik apa tujuan asal subsidi petrol diwujudkan. Ia bukan soal harga minyak itu sendiri, bukan soal orang miskin terbeban jika harga minyak tanpa subsidi lebih mahal.

Orang miskin sebenarnya tidak betul-betul terbeban dengan harga minyak yang mahal setakat naik beberapa puluh sen seliter, kerana mereka pun pakai minyak petrol tidak begitu banyak. Tapi kita kena tahu kesan langsung bila harga minyak naik, atau dipanggil "domino effect"

Bila harga minyak tidak menentu, ia akan memberi kesan kepada harga barang-barang yang dijual terutama barangan keperluan harian, akibat peningkatan kos pengangkutan.

Jadi tujuan subsidi petrol diwujudkan untuk kawal harga minyak supaya harga barangan keperluan harian terkawal, jika harga barang keperluan harian naik, tentu sekali golongan miskin paling terkesan.

Golongan kaya, dah memang sedia kaya mereka tak kisah harga petrol naik atau turun, harga barang naik atau turun duit mereka banyak, dompet mereka tebal dan mereka peduli apa.

Jika subsidi petrol bersasar dilaksanakan, memang betul golongan berpendapatan rendah akan dapat lebih manfaat dari subsidi minyak yang dilaksanakan kerajaan.

Tapi dalam masa yang sama duit mereka diragut semula lebih banyak apabila harga barang-barang semua naik atas alasan kos pengangkutan meningkat.

Apa guna dapat subsidi petrol, tapi duit subsidi itu tak cukup pun nak tampung peningkatan harga barangan keperluan harian?

Sebagai kerajaan, bila kita buat sesuatu dasar, sentiasa akan ada kelebihan dan kelemahan, sentiasa ada pro dan kontra.

Ibarat berselimut dengan kain pelekat, kalau selubung muka, kaki terdedah, kalau selubung kaki muka pula terdedah, sentiasa akan ada kekurangan dalam membuat keputusan, kerana tidak ada keputusan manusia yang sempurna.

Biarlah sistem subsidi petrol sedia ada lebih dimanfaatkan oleh golongan kaya kerana itulah kelemahannya, tapi apa yang penting harga barangan keperluan harian terkawal, golongan berpendapatan rendah kurang terbeban.

Post a Comment

6 Comments

  1. Hapuskan cukai pendapatan bagi kumpulan M40 dan ke atas, kemudian nak buat berkasta2 dalam setiap jenis subsidi dan pembelian tu terpulanglah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidupkan semula cukai GST tapi kurangkan dpd zaman bn. Kasi 4% ker.
      Sistem cukai gst paling efektif setakat ini. Sukar utk melarikan diri krn sistem pembelian dan pembayaran secara online.
      Pihak kerajaan mll kpdnk dan lhdn dan mengesan pergerakan dan jumlah cukai individu dan syarikat.
      Sistem lama yg diamalkan sekarang 10+6% tidak berkesan meningkat ekonomi negara bahkan kos sara hidup makin meningkat dan membebankan negara. Dipercayai syarikat2 dan individu2 kaya mudah melarikan cukai mereka.

      Hanya cadangan utk kebaikan negara cuma jumlah cukai gst boleh dikurangkan demi mengelak ketirisan dan penyelewengan pembayaran cukai.

      Delete
  2. Orang miskin pergi kerja naik basikal atau pengangkutan awam dapat apa?

    Minta pakar formula Rapiji bagi komen skit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan..rapiji kata dia pegi meninggal kejap. Slps nuar jadi peeM ke8 dia akan bangkit dari kubur.
      Mgkin masa tu formula mendubur dan menyemburit akan diketengahkan oleh arwah rapiji pakar formula ph demi kesejahteraan puak lgbt.

      Delete
    2. Knp tak minta lobai beri pandangan pula. Takkan lobai tak dapat ilham dr langit. Macam mana nak perintah malaysia nanti? Lobai hadi, kita tunggu respon mu

      Delete
  3. Tak payah buat, subsidi bersasar, Iya satu ," part,' barang naik. Tapi kena faham. Golongan yang naik motor tu pun kekadang naik kereta juga, Dia mungkin pergi balik kerja naik motor , tapi kalau Dia bercuti bawa anak jalan jalan mungkin guna mpv, crv, macam jiran sebelah rumah saya. Ingat yg naik motor kapchai macam y15, tu "orang susah" ke?

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda