Kenapa harga bawang dari India naik mendadak?

BEBERAPA hari ini heboh di media sosial berhubung kenaikan mendadak harga bawang yang diimport dari India.

Seperti biasa bila harga barang naik, askar-askar cyber pembangkang tanpa berfikir, tanpa mengkaji, terus "membawang" dan menghalakan serangan mereka menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan.

Bawang dari India

Baiklah kita tinggalkan dulu kisah aktiviti membawang askar-askar cyber pembangkang terhadap kerajaan Pakatan Harapan berhubung kenaikan harga bawang.

Mari kita lihat apa sebenarnya punca kenaikan harga bawang?

Menurut portal Bussines Today, punca kenaikan harga bawang dari India sebenarnya disebabkan oleh keadaan hujan berterusan di banyak tempat di negara itu sekaligus menyebabkan kadar pengeluaran bawang menurun secara drastik.

"Harga bawang mencanak naik disebabkan penurunan sekitar 25 peratus produksi tanaman kharif (bawang termasuk sebagai tanaman kharif) bagi tahun 2019-2020 (July - Jun) dibandingkan dengan tahun lalu akibat hujan berlebihan di negeri-negeri produksi utama," lapor Bussines Today.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan langkah kerajaan India sejak beberapa minggu lalu yang telah mengharamkan eksport bawang ke luar negara bagi menstabilkan harga bawang untuk kegunaan domestiknya sendiri.

Tindakan itu mungkin dilihat baik di dalam mengawal kenaikan harga bawang di India, tapi kesannya telah mengakibatkan kurangnya pengeluaran bawang untuk dihantar ke negara kita.

Asas "demand and supply," kalau pengeluaran berkurang di saat permintaan berterusan terhadap sesuatu barang, tentu sekali harga barang berkenaan akan naik.

Kesimpulan dari maklumat yang kita perolehi di atas, bermakna dua punca yang telah menyebabkan harga bawang di negara kita naik mendadak.

1. Hujan berterusan menyebabkan pengeluaran bawang dari India berkurangan. Jadi harga bawang yang dijual di pasaran tempatan India naik secara mendadak.

2. Jadi kerajaan India mengharamkan pengeluar mengeksport bawang ke luar negara untuk kawal harga bawang tempatan. Tapi itu memberi kesan lebih buruk kepada harga bawang di negara kita.

Peniaga dan pakar dilaporkan berpendapat harga bawang akan kekal tidak berganjak sehingga bulan Januari tahun 2020.

2 Comments

  1. Samalah, dulu pun masa korang jadi pembangkang main bangkang cam pembangang dan serang melulu kerajaan bn bila harga barang naik. Acah2 cerdik la plak skrang.

    ReplyDelete
  2. Cytro umno ni masih dok dpt dedak kot. Asal serang sj kerajaan dpt la sikit. Hujah dan fakta belakang kira, yg penting serang. Aku tunggu mrk nak kata harga sawit naik skrg sebab Bosku naik turun mahkamah. Masa harga sawit rendah haritu mrk tuduh kerajaan penyebabnya. Tapi cytro mrk yg paling licik ialah RajaP*K*mak yg tinggal di UK. Apa tak nya dia hidup mewah dan amat selesa disponsor oleh najib(jgn lupa harta najib masih beratus, mungkin ribu, juta) asalkan beliau terus pertahankan najib dan sebarkan cerita donggeng fitnahnya secara berterusan. Kerja amat mudah bagi org spt beliau dgn ganjaran yg amat2 lumayan. Beliau telah mewarisi ciri2 bangsat melayu umno yg telah menjahanamkan negara dan bangsa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan