Loading...

Naikkan cukai golongan kaya dan beri kepada rakyat, kata pemenang anugerah Nobel Ekonomi

CARA untuk memacu ekonomi ialah dengan menaikan kadar cukai, bukan mengurangkannya kata pemenang Anugerah Nobel Ekonomi tahun ini lapor sumber berita Bloomberg

Mengurangkan kadar cukai untuk merangsang pelaburan adalah satu mitos yang disebarkan oleh ahli perniagaan, kata Abhijit Banerjee yang telah memenangi anugerah nobel bersama Esther Duflo dari Institut Teknologi Massachusetts dan Michael Kremer dari Universiti Harvard kerana pendekatan mereka di dalam menurunkan kemiskinan global.

Abhijit Banerjee

"Kamu memberikan insentif kepada golongan kaya yang sudah sedia duduk di atas bertan-tan duit,"

Pendekatan yang lebih baik ialah dengan cara menaikkan sebilangan cukai dan mengedarkan duit kepada rakyat untuk berbelanja, kata Benerjee dalam satu temu bual pada hari Isnin di New Delhi, di mana beliau mempromosikan bukunya "Good Economics for Hard Times,"

"Kamu takkan merangsang perkembangan (ekonomi) dengan cara mengurangkan cukai-cukai, kamu perlu beri duit kepada rakyat, pelaburan akan bertindak balas kepada permintaan," katanya.

Negara-negara dari China, India hingga ke Indonesia mengambil tindakan mengurangkan cukai untuk perniagaan, bagi menggalakkan perkembangan di tengah-tengah ekonomi global yang dilihat suram.

Negara China awal tahun ini melancarkan pemotongan cukai bernilai $280 bilion terhadap pendapatan peribadi dan korporat, sementara India membuat kejutan dengan pemotongan cukai korporat bernilai $20 bilion. Indonesia turut merancang menurunkan cukai dari 25 peratus kepada 20 peratus terhadap syarikat-syarikat.

Tindakan mengenakan cukai kepada golongan kaya telah menjadi isu politik utama pencabar di kalangan Parti Demokrasi terhadap Donald Trump yang sebelum ini menjanjikan lebih banyak pemotongan cukai tahun hadapan.

Peningkatan jurang ekonomi dalam negara-negara maju seperti Amerika Syarikat menaikkan kemarahan rakyat dan menyumbang kepada ketegangan dagangan global yang kita lihat hari ini, kata Banerjee.

"Sukar dipercayai atas nama kemajuan, kamu benarkan jurang ekonomi untuk meletus sehingga ke tahap ini," katanya.

"Melihat kepada kemerosotan permintaan, tidak salah untuk kerajaan meningkatkannya," kata Benerjee.

"Jika kita mahu merangsangkan permintaan, pemotongan cukai korporat tidak menyelesaikannya, seperti yang saya ramalkan, jadi kita buatlah apa yang sepatutnya,"

Post a comment

5 Comments

  1. Yg ni aku setuju!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti golongan kaya semua lari buat perniagaan di negara lain yg mengalu2kan golongan ini demi ekonomi mereka. Nak cakau dari mana pulak

      Delete
  2. Aku pon setuju!
    Sanggup ker mrk nak layan. Gerenti rakan2 kroni mangkuk tua tu tak setuju!
    Nie tidak..janda yg tak ada pendapatan ditagih income tax setelah 10tahun sampai menjual rmh. BANGANG KERAjaan Semburit nie!!!!

    ReplyDelete
  3. Dgr cerita syarikat minyak dan arak terbesar filipina yg ada kaitan dgn anak mangkuk tua sedang mengintai2 nak membeli saham petronas?!
    Jika benar apa tindakan pihak yg pernah menolak nepotisme dan kronisme dlm era reformasi?
    Tak ada tulur atau korang ada kawtim???!!!
    Cuma bertanya jika benar...

    ReplyDelete
  4. Untuk bukti pencairan W / A: +6281617538564
    Nama ******* Neni Syahir
    kota: ******** Bandung
    jumlah pinjaman: ****** Rp5,5 miliar
    suku bunga: ******* 1%
    @Twitter ikuti sekarang: *********** @AasimahaLoan

    Saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. Saya tidak tahan lagi. 4 November 2019, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI PERUSAHAAN PINJAMAN, yang akhirnya membantu saya dengan pinjaman besar untuk membayar hutang bank saya. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu-ibu Muslim yang memberikan perusahaan pinjaman besar milik sendiri, pemilik pabrik dan individu pribadi untuk meningkatkan kehidupan dan bisnis mereka. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia. Jika Anda menginginkan pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka. Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammer di blog ini yang tidak memiliki situs web di peta Google,. perusahaan pinjaman resmi AASIMAHA ADILA AHMED LOAN memberi saya pinjaman Rp5,5 miliar dengan tingkat bunga sangat rendah untuk 1% seiring dengan pinjaman berjangka dengan persetujuan cepat dan pencairan mendesak. Jika Anda menginginkan kapita investasi yang besar dan Anda ingin membayar hutang Anda, segera terapkan dan berbahagia seperti banyak orang di sini.
                                          Batas aplikasi di bawah ini

    E-mail: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda