Punca tak boleh tidur yang ramai orang tak tahu

KEBIASAAN jika kita tidak boleh tidur malam, kita jadi hilang punca, dan pasti kita akan melakukan aktiviti tertentu untuk melayan mata yang degil tak mahu pejam. Antara aktiviti yang pasti ramai orang suka lakukan ialah membelek 'smartphone'.

Cahaya Biru





Ada yang gemar menonton video di Facebook dan YouTube, membaca status kenalan di WhatsApp, dan tak kurang juga yang suka membaca pelbagai portal berita dan blog di Internet.

Melakukan aktiviti itu, anda berharap supaya mata akan jadi mengantuk sekaligus membolehkan anda terlena. Ternyata tindakan itu jelas berlawanan sama sekali dengan realiti dan fakta.

Cahaya biru smartphone merencatkan hormon melatonin

Dalam badan manusia terdapat sejenis hormon yang dipanggil 'melatonin' dirembeskan oleh 'kelenjar pineal' yang mana tugas hormon ini ialah untuk mengawal kitaran tidur dan berjaga seseorang individu.

Kebiasaannya hormon ini lebih banyak dirembeskan pada waktu malam. Kesan rembesan hormon ini membolehkan seseorang individu itu merasa mengantuk dan terlena.

Namun cahaya biru pada peranti seperti smartphone dan televisyen akan merencatkan rembesan melatonin sekaligus menyebabkan anda tidak merasa mengantuk, silap-silap terus tak boleh tidur sampai ke pagi.

Dalam erti kata lain, tindakan kita membelek smartphone ataupun menonton televisyen dengan harapan supaya mata jadi mengantuk, adalah salah sama sekali.

Ini kerana tindakan itu sebenarnya akan membuatkan kita lebih lagi tidak mengantuk dan terus tak boleh tidur.





Sebenarnya bukan cahaya biru sahaja yang merencatkan rembesan melatonin, cahaya lain juga turut merencatkan hormon itu namun hasil kajian mendapati cahaya biru mempunyai kesan paling besar.

Sekumpulan penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard, pernah buat kajian perbandingan antara pendedahan manusia kepada cahaya biru dan cahaya hijau yang mempunyai keamatan serupa, selama 6 jam setengah.

Hasil kajian itu mendapati cahaya biru merencatkan hormon melatonin dua kali ganda berbanding cahaya hijau, sekaligus mengganggu kitaran tidur selama 3 jam bagi cahaya biru, dan 1.5 jam bagi cahaya hijau.

Satu lagi kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto, mendapati bahawa cahaya biru didapati sangat berkesan di dalam merencatkan hormon melatonin.

Sumber — Harvard Medical School






Melatonin juga turut dijadikan 'suplemen' untuk rawatan jangka pendek bagi pesakit yang mengalami masalah sukar tidur akibat bekerja mengikut shift atau selepas begitu lama menaiki pesawat (jet lag).

Kesimpulannya jika anda sukar untuk tidur, salah satu punca yang mungkin anda tak tahu ialah, kerana anda terlalu banyak membelek smartphone dan terdedah begitu lama kepada cahaya biru peranti itu.

Sebab itu dalam kebanyakkan telefon pintar, ada disediakan fungsi untuk menapis cahaya biru (blue light filter). Maka gunakanlah ia apabila perlu.

penapis cahaya biru

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan