Loading...

Rampas harta Ahli Parlimen hidup mewah melebihi pendapatan — SPRM

PARLIMEN perlu mengambil tindakan susulan selepas mewajibkan pengistiharan harta dengan tindakan tegas bagi memastikan semua ahli parlimen tidak hidup mewah melebihi pendapatan, kata Ketua Pengarah SPRM Latheefa Koya.

Latheefa Kota SPRM

Menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), buat masa ini undang-undang mewajibkan pengistiharan harta di Dewan Rakyat hanya memerlukan ahli parlimen, pasangan dan anak-anak berumur di bawah 21 tahun untuk mendedahkan harta dan pendapatan mereka namun tidak ada langkah susulan bagi mengekang salah laku.

"Langkah Dewan Rakyat untuk meluluskan pengistiharan harta adalah sesuatu yang patut diwar-warkan. Namun ia tidak patut berhenti di situ."

"Di negara-negara lain, pengistiharan harta termasuklah langkah dimana sekiranya seseorang ahli parlimen itu didapati hidup mewah melebihi harta yang diistiharkan, harta-harta mereka akan dirampas," katanya dalam program Soal Rakyat terbitan TV3, malam tadi.

Latheefa berharap kerajaan boleh mengambil langkah yang sama sebagai tindakan susulan selepas ahli parlimen mengistiharkan harta-harta mereka.

Buat masa ini, daripada 222 ahli parlimen, hanya sejumlah 160 telah mengistiharkan harta-harta mereka kepada SPRM dalam satu kenyataan bersumpah bertarikh 5 Disember, sebagaimana tarikh akhir yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Kesemua 139 ahli parlimen dari kerajaan pemerintah, Pakatan Harapan telah mengisytiharkan harta mereka, termasuk tiga ahli parlimen Barisan Nasional, dan 14 dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan 3 lagi dari Parti Sarawak Bersatu, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, kata menteri undang-undang, Datuk Liew Vui Keong.

Speaker Tan Sri Muhamad Ariff Md Yusof, telah melanjutkan tarikh akhir kepada tiga lagi ahli parlimen dari GPS, untuk mengistiharkan harta lapor sumber berita Bernama malam tadi.

Majoriti ahli parlimen dari pihak pembangkang, iaitu 38 dari BN, dan 18 dari PAS serta satu dari STAR dan 2 wakil bebas tidak mengisytiharkan harta.

Ahli-ahli parlimen Umno dan Pas menolak untuk mengistiharkan harta dengan alasan kerajaan tidak ada asas undang-undang untuk meminta mereka berbuat demikian.

Post a Comment

5 Comments

  1. Anak2, rakan sekutu ahli parlimen juga perlu siastan..
    bagaimana ada wang berbilion.. mungkin arahan dari bapak mereka menyebabkan jadi billionaire

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju !...Terutama sekali anak beranak Matdey Kutty dan kroni2 beliau...

      Delete
  2. Beranikah tipah ambil tindakan keatas kroni dan kerabat atok? Aku tak yakin. Akhirnya selective prosecution juga......

    ReplyDelete
  3. Harta tun mangkuk tidak mungkin mangkuk rampas.
    Kerana mrk2 yg pernah membuat tuduhan dan dakwaan semuanya dah arwah....hihihi

    ReplyDelete
  4. WhatsApp: +6281617538564
    instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
    twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
    E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com

             
    salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
                                  Kontak Aplikasi pinjaman besar

    E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
    Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda