Seramai 2,300 pegawai pantau harga barang sempena sambutan Krismas seluruh negara

SEJUMLAH 2,300 pegawai penguatkuasa akan dikerah untuk memantau harga barang di pasaraya, pasar dan premis-premis jualan seluruh negara bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan hari Krismas.

tanda harga merah jambu

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dr Alaudin Sidal dilapor berkata mereka yang didapati bersalah menaikkan harga 19 jenis barangan terkawal tanpa alasan munasabah, dan gagal mempamerkan harga barang akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Percatutan 2011.

Katanya individu yang didapati bersalah kerana menjual barangan di atas harga maksimum, boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, atau terpaksa membayar denda sehingga RM50,000 sementara syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau ditambah denda sehingga RM250,000 jika melakukan kesalahan yang sama.

"Bagi kesalahan gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikenakan denda sehingga RM 5,000 manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau denda tambahan sehingga RM10,000" katanya kepada wartawan selepas melancarkan SHMMP Christmas 2019 di sebuah pasaraya.

Sementara itu dari bulan Januari sehingga sekarang, di Terengganu, KPDNHEP telah merekodkan sebanyak 34 kes yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kawalan harga dan antipencatutan 2011.

Pengarahnya Saharuddin Mohamad Kia dilapor berkata, sejumlah 13 kertas siasatan telah dibuka sementara yang lain telah diberikan satu notis amaran.

"Jumlah kesalahan kesalahan itu telah dikesan berdasarkan 43,304 pemeriksaan yang dijalankan terhadap 8,786 penis melibatkan empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Besut."

"Antara kesalahan-kesalahan termasuklah menjual barangan kawalan melebihi harga siling dan gagal untuk mempamerkan tanda harga merah jambu kepada barangan kawalan yang dijual," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan