Tiga anggota polis dakwa kena pukul dengan pegawai SPRM ketika rakam keterangan

TIGA orang anggota polis mendakwa mereka telah dipukul oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika berada di pejabat SPRM Shah Alam baru-baru ini untuk merakam keterangan.

Pejabat SPRM Shah Alam

Tiga anggota polis berkenaan yang berusia 24, 25 dan 26 dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh berada di pejabat berkenaan bagi membantu siasatan sebuah kes.

Bagaimanapun mereka mendakwa telah ditumbuk, ditampar dan ditendang oleh pegawai SPRM ketika keterangan mereka dirakamkan dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Disember lalu.

Ketiga-tiga mereka telah membuat satu laporan polis terhadap pegawai SPRM berkenaan pada 27 Disember.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan