Amerika usul undang² larangan kongsi info dengan negara asing gunakan teknologi 5G Huawei

SENATOR Tom Cotton pada hari rabu dilapor mengusulkan satu undang-undang melarang Amerika Syarikat berkongsi maklumat risikan dengan negara-negara yang membenarkan teknologi 5G oleh gergasi telekomunikasi Huawei memasuki sempadan negara mereka.

Amerika Syarikat sebelum ini melancarkan kempen global menentang syarikat itu, yang didakwa mungkin mengintip para pelanggan untuk kepentingan Beijing, dan tahun lalu ia diletakkan di bawah senarai hitam dagangan, dengan alasan keselamatan negara. Huawei bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Huawei 5G

Usul peraturan itu didedahkan hanya beberapa hari sebelum United kingdom dijadualkan untuk memutuskan sama ada akan menaik taraf liputan telekomunikasinya menggunakan peralatan Huawei.

Cotton yang diketahui umum begitu lantang mengkritik Huawei, mengusulkan satu notis kecil peraturan yang mengarahkan agensi-agensi risikan untuk mempertimbangkan penggunaan infrastruktur telekomunikasi dan keselamatan siber "yang disediakan oleh musuh-musuh Amerika Syarikat, terutama China dan Rusia," apabila membuat persetujuan perkongsian maklumat risikan dengan negara-negara asing.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan