Apa yang perlu anda tahu tentang virus Wuhan?

SATU bentuk pneumonia yang tidak dapat dikenal pasti telah muncul di tengah bandar Wuhan, China mendorong pihak berkuasa melakukan kuarantin kepada mereka yang dijangkiti sekaligus meletakkan hospital berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Wuhan Virus

Biro Kesihatan Wuhan, pada hari ahad lalu dilapor mengumumkan hampir 60 pesakit dikesan dengan virus itu, manakala negara jiran Hong Kong turut menerima suspek-suspek jangkitan berkenaan.

Bagaimanapun, seorang pesakit yang disyaki mengalami jangkitan virus itu di Singapura disahkan sebaliknya.

Virus misteri itu telah dikaitkan dengan sebuah pasar makanan laut yang kini telah ditutup untuk pembersihan sejak 1 Januari lalu. pakar-pakar perubatan kini sedang cuba mengenalpasti penyakit berkenaan.

Meskipun pakar menolak kemungkinan pneumonia jenis baru ini boleh menyebabkan pengulangan wabak maut seperti SARS yang pernah berlaku dalam tahun 2003 dan membunuh ratusan individu di China serta merebak sampai ke Amerika Syarikat dan Kanada, mereka menekankan langkah berjaga-jaga perlu diambil.


Apa yang anda perlu tahu tentang virus Wuhan ini?

Menurut Biro Kesihatan Wuhan, sehingga hari Ahad, sejumlah 59 pesakit dikesan dengan virus Wuhan, termasuk tujuh orang pada tahap kritikal. Sebilangan pesakit merupakan pengendali gerai di pasar makanan laut terbabit.

Kesemua pesakit kini sedang dikuarantin, dan sejumlah 163 orang lagi yang pernah berada berdekatan dengan pesakit turut diletakkan di bawah pemantauan perubatan.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), antara simptom wabak ini termasuklah demam dan sukar bernafas.


Berapa cepat wabak ini merebak?

Menurut Biro Kesihatan Wuhan, kes pertama berkaitan wabak ini dikenalpasti di Wuhan pada 12 Disember. Pada hari Ahad, pihak berkuasa di Hong Kong melaporkan sembilan lagi pesakit didapati mengalami demam dan simptom respiratori selepas pulang dari Wuhan, sekaligus meningkatkan jumlah kes kepada 17 orang.


Bagaimana maklum balas pihak berkuasa luar negara?

Kerajaan dari pelbagai negara sudah mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui tentang perihal wabak berkenaan. Pihak berkuasa hospital di Hong Kong, telah menetapkan masa lawatan yang lebih singkat di hospital serta mewajibkan semua pelawat untuk memakai topeng muka.

Pihak lapangan terbang juga turut meningkatkan sistem pengesan haba bagi memantau suhu pelancong yang datang dari Wuhan. Lebih ramai kakitangan telah dihantar ke stesen keretapi yang menghubungkan tanah besar China dengan Hong Kong bagi membuat pemantauan suhu.

Pada hari Khamis lalu Kementerian Kesihatan Singapura, pelaksanaan pemeriksaan suhu untuk pelancong pelancong yang tiba di republik itu dari Wuhan.

Pusat Kawalan Penyakit Taiwan pula telah meminta para doktor dan pegawai kuarantin lapangan terbang untuk memaklumkan kepada pihaknya jika ada mana-mana pesakit yang melancong ke Wuhan menunjukkan simptom-simptom berkenaan.

Menurut WHO, pihaknya kini sedang memerhatikan situasi dan "memantau secara dekat perkara itu dengan pihak berkuasa di negara China,"


Bolehkah wabak ini merebak secara besar-besaran seperti SARS?

Biro kesihatan Wuhan mengesahkan bahawa virus pneumonia itu bukanlah SARS, MERS (Sindrom Respirasi Timur Tengah) ataupun selsema burung.

Tambahnya lagi, tiada bukti jangkitan menerusi sentuhan manusia dengan manusia, namun para pakar perubatan dilaporkan tidak menolak kemungkinan berkenaan.

"Mereka tidak menolak kemungkinan itu secara keseluruhan," kata Leo Poon seorang pakar virologis dan SARS dari Universiti Hong Kong lapor sumber berita TIME.

Setakat ini belum ada sebarang kematian dicatatkan. Pada tahun 2003 10 peratus pesakit yang dijangkiti oleh wabak SARS dilaporkan meninggal dunia. Justeru pakar percaya wabak itu tidak akan menjadi bertambah serius kata Poon.

Yuen Kwok-Yung seorang microbiologist di universiti Hong Kong pula berkata, kemajuan kajian sains dan kebolehan makmal untuk mengesan hari ini lebih maju berbanding ketika wabak SARS satu dekad yang lalu.

"Kemungkinan besar ia tidak akan mengakibatkan epidemik major seperti tahun 2003," kata Yuen "namun kita perlu berjaga-jaga,"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan