Loading...

Kerajaan China paksa Muslim Uighurs masuk kem tahanan untuk dapat tenaga buruh murah

PENDUDUK kampung Muslim minoriti di Xinjiang, China dilaporkan dipaksa untuk bekerja, sama ada rela ataupun tidak. Terdapat jumlah kuota tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap keluarga. Mana-mana keluarga yang menolak akan dikenakan hukuman.





Arahan itu merupakan sebahagian dari kempen agresif untuk mengubah golongan Muslim minoriti dari Wilayah Xinjiang yang kebanyakannya merupakan bangsa Uighurs dan Kazakhs kepada sekumpulan askar pekerja untuk kilang-kilang dan majikan besar.

Buruh Pksa Uighurs

Di bawah tekanan pihak berkuasa China, para petani miskin, peniaga kecil dan penganggur menghadiri kursus latihan dan indoktrinasi berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya, dan mereka kemudiannya diarahkan untuk menjahit baju, membuat kasut, menyapu jalan raya atau diarah untuk melakukan kerja-kerja lain.

Program penghasilan buruh ini merupakan langkah diambil oleh pemimpin negara China, Xi Jinping untuk mengukuhkan kawalan terhadap wilayah ini yang mana minoriti Muslim merupakan separuh dari populasinya.

Ia merupakan strategi penting kerajaan dari segi pendekatan sosial yang dijalankan bersama dengan kem-kem indoktrinasi yang kini dilapor menahan lebih satu juta warga Uighurs dan Kazakhs.

Mereka dikerah untuk menjalani latihan ala tentera untuk mengubah diri mereka menjadi buruh yang taat, setia kepada majikan dan Parti Komunis yang memerintah.

Pendirian kerajaan menyatakan, penduduk Uighurs dan Kazakhs merupakan "lebihan buruh pedalaman," dan populasi tidak bekerja, yang disifatkan memberi ancaman kepada kestabilan sosial.

Meletakkan mereka dalam bidang kerja-kerja yang stabil, diluluskan kerajaan, dan dipantau akan menghapuskan kemiskinan serta memperlahankan fahaman ekstremis agama dan keganasan etnik.

Kerajaan China mendakwa kesemua buruh-buruh ini datang secara sukarela, namun para pengkritik mendakwa mereka secara terang-terangan dipaksa.

Berdasarkan dokumen rasmi, temubual dengan pakar, dan lawatan oleh wartawan New York Times ke Xinjiang menunjukkan bahawa para penduduk muslim ini dipisahkan dari keluarga, pergerakan mereka disekat, dan tekanan-tekanan dikenakan untuk terus bekerja.

Menurut pakar, kaedah keras seperti itu serupa dengan amalan buruh paksa, sekaligus mencemarkan rantaian pembekalan global yang menggunakan pekerja-pekerja dari Xinjiang, terutama untuk barangan cotton.

Syarikat pakaian Jepun, Muji dan Uniqlo mengaku menggunakan cotton dari wilayah berkenaan, manakala Walmart mengaku membeli barangan dari sebuah syarikat yang sehingga ke hari ini menggunakan buruh-buruh dari Xinjiang.

Post a comment

1 Comments

  1. Baru ku tahu hari ini dan kelmarin juga esok dunia ini tampa sempadan tampa hijab tampa sesuatupun benang aurat dunia telanjang.

    Baru ku sadar dunia ini menuju menjangkau alaf moden bervisi tentang maju dan mundur.

    Baru ku sadar technologi adalah sandaran budaya hari ini sehinga celana gadis bisa mekurut begitulah maju technologi.

    Kini baru ku sadar politics itu ada yang climate dan yg climax?
    Climax dan climate berbeda tapi saling mendekat climate bisa change climax bisa orgasm.

    Oleh itu jangan melatah issue uighurs muslim uighurs kental sudah terduga sekian lama dan tuhan melihat waktu itu kamu tidur.

    Dimana kamu Palestinians menangis tidur atau menanguk kekayaan dan Islam muslim ditindas diseluruh maya discriminate disebabkan sikap selfish pemimpin itu juga.

    Dan muthahir ini pembunuhan sering berlaku dinagara Islam yg memoejuang Kebenaran seperti jamal khasoggi kematian yg tragic mistery kejam not human being yg menimbulkan keraguan muskil dan warga dunia menilai andaian tafsiran fitnah juga tular ini berlaku di negara hukum bagaimana dgn Malaysia?

    Ditahun baru ini memperkasa negara memperkasa perundangan merakyat dgn kebajikan economy dan kemajuan perlu seiring bersaing demi mencari kebaikan berlandaskan nilai atau velue pocket jgn kosong ini keutamaan sesuai dgn malaysia baru anda telah warwar sebelum ini.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda