Kereta rasmi kerajaan tetap Proton Perdana bukan Toyota Vellfire dan Honda Accords

KERAJAAN akan mengekalkan pengeluar kereta tempatan, Proton Perdana sebagai kereta rasmi menteri-menteri Persekutuan dan pegawai kanan kerajaan kata Lim Guan Eng lapor Malay Mail





Menteri Kewangan mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan menukar kepada jenama lain seperti spekulasi yang tersebar meluas susulan tularnya gambar-gambar Toyota Vellfire untuk menteri dan Honda Accords bagi pegawai kanan kerajaan untuk menggantikan Proton Perdana dan Toyota Camry yang sudah dimakan usia digunakan kerajaan waktu ini.

Lim Guan Eng

"Mereka tidak mempunyai cukup (kenderaan) untuk menteri-menteri dan timbalan menteri. Kerana itu kami beri pilihan sekiranya tidak cukup, kamu boleh pilih (jenama) yang lain," katanya kepada wartawan merujuk kepada Proton Perdana.

"Tapi kini kita sudah terima pengesahan bahawa Proton Perdana mencukupi, sebab itu kita kekalkan menteri menteri dan timbalan menteri akan menggunakan Proton Perdana," tambahnya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya.

Mengulas lanjut, kata Guan Eng, pemilihan kenderaan import dari Jepun hanyalah sebagai pilihan selepas syarikat yang dipilih oleh kerajaan sebagai pembekal menunjukkan mereka tidak mempunyai stok kereta kereta Proton Perdana yang cukup.

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan