Kurangkan stress kerja dengan meletak tumbuhan di atas meja — kajian

MENURUT satu kajian terbaru sepasukan penyelidik dari Jepun, meletakkan tumbuhan di atas meja tempat kerja boleh mengurangkan tahap stress.

Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Hyogo di Awaji itu bertujuan untuk menyiasat sama ada tumbuhan dalaman (indoor) boleh merangsang kesihatan mental di kalangan pekerja di sebuah pejabat, terhadap sekumpulan individu yang biasanya tidak banyak terdedah kepada suasana hijau yang sihat.

Tumbuhan dalaman

Pasukan penyelidik itu telah memilih sejumlah 67 orang pekerja untuk penyelidikan berkenaan dan mengukur sebarang perubahan kepada tahap stress secara psikologi dan fizikal mereka sebelum dan selepas meletakkan sejenis tumbuhan di atas meja masing-masing.

Semua peserta kajian telah diberikan peluang memilih dari enam jenis tumbuhan dalaman bagi diletakkan di atas meja mereka, antaranya tanaman udara, bonsai, Kaktus San Pedro, tumbuhan jenis berdaun, Kokedama dan Echeveria.

Sebaik sahaja mereka membuat pilihan, mereka diminta untuk meletakkan tumbuhan berkenaan berhampiran dengan monitor komputer di atas meja masing-masing.

Kumpulan pendidik itu pula kemudiannya menjalankan dua tahap kajian. Pada minggu pertama yang disebut sebagai minggu tempoh kawalan, semua peserta bekerja tanpa meletakkan tumbuhan di atas meja mereka.

Selama empat minggu kemudiannya yang disebut sebagai tempoh intervensi, adalah tempoh di mana tumbuhan berkenaan diletakkan pada sudut yang boleh dilihat, dan setiap peserta diminta untuk menjaga tumbuhan masing-masing. Pada tahap ini juga semua peserta diminta untuk dengan sengaja merenung tumbuhan itu selama 3 minit pada bila-bila masa ketika mereka merasa lesu.

Penemuan-penemuan yang diterbitkan dalam jurnal HortTechnology oleh American Society bagi Sains Hortikultur itu menunjukkan bahawa stres fizikal seperti yang diukur berdasarkan tahap 'anxiety' peserta menurun secara ketara sebelum dan selepas tempoh intervensi dalam kajian itu.

Tahap stres secara psikologi juga menurun secara ketara selepas merenung tumbuhan berkenaan selama 3 minit seperti yang diukur dengan cara mengambil kadar bacaan impuls para peserta.

Malahan, tahap 'anxiety' menurun bagi semua peringkat kumpulan umur tanpa mengira tumbuhan jenis apa yang dipilih oleh peserta.

Ramai peserta juga menunjukkan respons positif untuk menjaga tumbuhan pilihan mereka, selain memberikan maklumbalas dan ulasan positif seperti "seronok melihat tumbuhan saya membesar," atau "menjaga tumbuhan satu yang menyenangkan,"

Menurut para penyelidik berkenaan, apabila mereka memilih tumbuhan tersebut dan meluahkan kasih sayang kepadanya boleh menyumbang kepada penurunan stres secara psikologi.

Menurut mereka lagi, kajian itu menunjukkan bahawa meletakkan tumbuh-tumbuhan kecil dalam pejabat boleh dijadikan sebagai kaedah berkesan dan ekonomi bagi menambah baik suasana pejabat untuk para pekerja.

Sumber — journals.ashs.org

1 Comments

  1. Jangan letak muka2 menteri semburit...buat semak..buat stress!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan