Lebih 10,000 unta akan ditembak dari helikopter kerana minum terlalu banyak air

LEBIH 10,000 ekor unta dilapor akan ditembak dari helikopter bagi mengelakkan meminum terlalu banyak air dalam musim kemarau yang melanda Selatan Australia.

Para penembak profesional dijangka akan memulakan tugas pada hari rabu berikutan menerima satu arahan dari pemimpin-pemimpin orang asli di wilayah Anangu Pitjantjatjara Yankunytjatjara (APY).

Unta Australia

Penduduk tempatan mengadu haiwan-haiwan itu telah memasuki penempatan masyarakat dan menimbulkan kekacauan kerana mencari sumber air termasuk dari paip dan tangki-tangki air milik penduduk.

"Kami terpaksa menahan keadaan bau busuk dan tidak selesa, merasa tidak sihat, kerana untuk untuk itu datang dan mengetuk-ngetuk pagar, serta mengelilingi rumah rumah dan cuba untuk minum air yang menitis dari penghawa dingin," kata Narita Bajet, ahli lembaga eksekutif APY lapor The Australian.

Haiwan-haiwan itu juga akan ditembak berikutan kebimbangan tentang pembebasan gas rumah hijau, akibat pelepasan gas metana yang bersamaan dengan 1 tan karbon dioksida setahun lapor akhbar berkenaan.

Seorang jurucakap dari Jabatan Alam Sekitar dan Air Selatan Australia berkata, peningkatan jumlah unta telah mengakibatkan pelbagai isu di wilayah berkenaan.

"Ia telah mengakibatkan banyak kerosakan kepada infrastruktur, berbahaya kepada keluarga dan masyarakat, memberi tekanan kepada padang ragut di seluruh tanah APY dan isu-isu critical berkaitan kebajikan haiwan, manakala sebahagian untuk unta berkenaan mati akibat kehausan atau bertembung sesama sendiri untuk mendapatkan air," katanya lapor oleh news.com.au

"Sebahagian kes bangkai bangkai haiwan itu telah mencemarkan sumber air penting dan tapak-tapak kebudayaan,"

Operasi untuk mengawal populasi yang dianggarkan berjumlah 1.2 juta seluruh negara itu dijangka akan mengambil masa selama 5 hari.

Bangkai bangkai haiwan itu akan ditinggalkan kering sebelum dibakar atau ditanam lapor ABC news.

Unta telah dibawa masuk ke Australia Dari India dan Afghanistan semasa abad ke-19 dan digunakan untuk pengangkutan dan pembinaan.

Sekiranya tidak dikawal, populasi haiwan berkenaan dijangka akan meningkat dua kali ganda setiap lapan hingga 10 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan