Lelaki dalam video yang marah calon Warisan PRK Kimanis rupanya penyokong BN

SEBUAH video klip berdurasi 28 saat tersebar di media sosial Facebook memaparkan seorang lelaki sedang memarahi seorang calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis, Sabah.

Tidak diketahui apa sebenarnya punca lelaki itu memarahi Karim Bujang, calon dari Parti Warisan yang dilihat cuba menenangkannya.

Lelaki marah calon Warisan Kimanis

Askar-askar cyber pembangkang meletakkan tajuk "pengundi Kimanis memarahi calon Warisan," bagi menggambarkan kononnya penduduk tempatan tidak suka dengan calon dari Parti Warisan.

Namun pagi ini Akbar milik Parti Persatuan Orang Cina Malaysia (MCA), The Star melaporkan bahawa lelaki yang "marah-marah" itu rupa-rupanya adalah seorang penyokong Barisan Nasional.

Malah dia dilapor mengibarkan bendera Barisan Nasional di rumahnya selepas memarahi Karim Bujang.

BACA — Man flies BN flag at home after scolding Warisan candidate Karim

Calon PRK Kimanis

Berdasarkan laporan The Star, kejadian lelaki itu memarahi calon Warisan, berlaku pada 6 Januari 2020 dan lelaki itu disahkan oleh Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin telah menyertai UMNO pada malam hari Isnin.

"Kami tak tahu apa masalah di antara mereka, lelaki itu datang sendiri untuk sertai Umno dan menyokong Barisan (Nasional)," kata Bung Mokhtar memberitahu wartawan selepas menyampaikan ceramah di Kampung Kuala Mandahan pada malam hari Isnin.

"Dia sendiri mahu sertai kita, kita tak paksa dia," katanya lagi.

Menurut Karim Bujang pula, salah faham itu timbul selepas lelaki itu marah kerana tidak dilantik menjadi ketua kampung.

Dalam erti kata lain lelaki yang memarahi calon Warisan PRK Kimanis bukanlah "pengundi biasa," dalam PRK Kimanis, sebaliknya tindakan itu jelas sekali didorong oleh motif dan agenda politik.

***

"Tak ada apa yang pelik bila penyokong BN marah calon Warisan, sama macam nyamuk hisap darah, dan biawak makan bangkai, tak ada apa yang pelik, itu memang makanan mereka,"

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan