Maklumat risikan dakwa pesawat Ukrain terhempas mungkin akibat terkena peluru berpandu Iran

SEBUAH pesawat milik Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran, membunuh kesemua 176 orang penumpang kemungkinan besar terhempas akibat terkena peluru berpandu Iran, kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada hari Khamis sambil memetik maklumat risikan Kanada dan sumber-sumber lain.

pesawat Ukrain terhempas

Trudeau bercakap dalam satu sidang media di Ottawa bahawa pesawat itu terhempas "mungkin telah tidak disengajakan,". Pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Kiev dari Tehran pada hari Khamis membawa 63 rakyat Kanada yang merupakan penumpang dan anak kapal.

"Kami mempunyai maklumat risikan dari pelbagai sumber termasuk sekutu dan risikan kami sendiri. Bukti-bukti menunjukkan bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh sebuah peluru berpandu Iran," katanya.

Pesawat milik Penerbangan Antarabangsa Ukraine terhempas tidak lama selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke arah dua pengkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq, dan Iran kini dalam langkah berjaga-jaga terhadap tindakan balas ketenteraan dari Amerika.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson juga berkata pada hari Khamis bahawa terdapat sumber maklumat menunjukkan pesawat berkenaan terhempas akibat sebuah peluru berpandu Iran.

"Terdapat maklumat bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh sebuah peluru berpandu Iran. Ini mungkin telah tidak disengajakan," kata Johnson dalam satu kenyataan berhubung bencana udara yang membunuh empat penumpang warga Britain.

Awal hari Khamis, seorang pegawai Amerika Syarikat yang memetik kajian menyeluruh terhadap data satelit, menyatakan bahawa Washington menyimpulkan bahawa peluru berpandu anti pesawat telah menembak jatuh pesawat berkenaan. Menurut pegawai itu Boeing 737-800 itu telah dijejaki oleh radar Iran.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan