Malaysia tangga ke 7 negara terbaik dunia untuk bersara tahun 2020

SATU tinjauan atas talian oleh sebuah laman sesawang yang berpengkalan di Amerika Syarikat menyenaraikan Malaysia sebagai negara di tangga ketujuh dunia paling baik untuk bersara bagi tahun 2020.

KLCC

Kos sara hidup, sistem kesihatan, keadaan cuaca, dan kemudahan mendirikan kediaman, ini merupakan antara sebahagian kriteria yang diambil kira oleh tinjauan tahunan portal internationalLiving.com di dalam menentukan 10 destinasi terbaik untuk bersara seluruh dunia.

Di saat kesan perubahan demografi persaraan di masa hadapan menjadi tumpuan utama di banyak kawasan seluruh dunia, satu pinjaman baru oleh International Living, menyediakan satu senarai tempat-tempat terbaik untuk menghabiskan hari tua dalam suasana yang menyenangkan.

Negara yang berada di tempat ketujuh dalam senarai tahun lalu, Portugal kali ini mendapat tempat pertama untuk tahun 2020, jelas sekali kerana sistem kesihatannya yang mendapat permarkahan 98 dari 100 mata, ditambah dengan kos sara hidup negara itu termasuk dalam 10 terbaik dunia.

Costa Rica, Panama dan Mexico juga merupakan destinasi persaraan yang selamat bagi mereka yang mahu menikmati hidup selepas menamatkan zaman kerjaya yang panjang.

Perancis berada di luar jangkaan apabila disenaraikan sebagai negara kesembilan dunia paling baik untuk persaraan satu anak tangga di atas Vietnam yang berada di tempat ke 10.

Meskipun kos sara hidup di Perancis merupakan paling tinggi di antara 10 negara negara berkenaan, namun secara realitinya, negara itu mendapat pemarkahan tinggi penilaian kriteria secara keseluruhan membolehkannya muncul dalam senarai di belakang Sepanyol.

Kos sara hidup di Perancis juga lebih murah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat menurut Indeks Persaraan Global 2020.

Berikut senarai 10 negara-negara terbaik dunia untuk bersara:


1. Portugal
2. Panama
3. Costa Rica
4. Mexico
5. Colombia
6. Ecuador
7. Malaysia
8. Spain
9. France
10. Vietnam

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan