Maszlee Malik letak jawatan dalam keadaan berat hati, selepas terima nasihat dari Tun Mahathir

MENTERI Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 (esok).

Maszlee Malik letak jawatan

Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu, Dr Maszlee memberitahu keputusan itu diambil selepas bertemu dan menerima nasihat dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebelum itu.

"Selepas pertemuan dengan yang amat berhormat Perdana Menteri sebentar tadi, di atas nasihat beliau yang merupakan bagi saya seorang ayahanda, dan seorang pemimpin, dan seorang negarawan yang ulung, di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan,"

"Maka saya dengan hati yang redha walaupun berat dengan nasihat daripada ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik dengan ini memulangkan semula jawatan saya sebagai Menteri pendidikan Malaysia kepada yang amat berhormat Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020," umumnya.

Khabar angin tentang peletakan jawatan Dr Maszlee sudah kedengaran sejak awal pagi hari ini, menyaksikan ramai facebookers mengirim status mendakwa beliau akan meletak jawatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan