Maszlee terima surat dari PPBM "nasihat" untuk kosongkan jawatan Menteri Pendidikan

SUMBER memberitahu bahawa Maszlee Malik telah menerima sepucuk surat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia "menasihatkan" beliau untuk mengosongkan jawatan Menteri Pendidikan, kononnya berikutan beberapa aduan dan kontroversi lapor Malay Mail.

Sumber berkenaan yang dilapor tidak mempunyai kuasa untuk bercakap tentang perkara itu bagaimanapun berkata, surat itu tidak memberi tahu kenapa Maszlee patut meletak jawatan — perkara itu telah membuatkan ahli parlimen Simpang Renggam itu mendapatkan nasihat dari pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum membuat pengumuman.

Maszlee Malik letak jawatan

"Surat itu dihantar oleh parti, tapi tidak memberitahu alasan beliau patut mengosongkan jawatan itu," kata sumber berkenaan memberitahu Malay Mail.

Portal itu bagaimanapun kini sedang mendapatkan pengesahan tentang perkara itu dari PPBM.

Maszlee sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa esok, beliau merupakan menteri pertama dari kabinet Dr Mahathir yang berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke 14.

Dalam satu sidang media khas di Putrajaya, menurut Maszlee beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan nasihat dari Perdana Menteri selepas bertemu dengannya sebelum itu.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik perletakan jawatan itu.

Maszlee juga berkata, dia "memulangkan" kembali jawatan itu kepada Dr Mahathir, merujuk kepada perlantikan dirinya selepas Perdana Menteri menggugurkan portfolio pendidikan bagi menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan.

Beliau turut meluahkan keyakinan dalam kepimpinan Dr Mahathir dan kesetiaan kepada parti, sambil menambah beliau faham apa yang perlu dilakukan, serta berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang untuk berkhidmat dalam kabinet.

Petisyen yang diwujudkan tidak lama selepas Maszlee meletak jawatan menerima sambutan hangat apabila mendapat hampir 200,000 tandatangan hanya beberapa jam selepas dilancarkan.

BACA - Petisyen minta Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan

Dalam satu kenyataan media sejurus selepas sidang media Maszlee, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada bekas pensyarah di universiti itu atas perkhidmatannya sebagai Menteri Pendidikan, selepas beliau meletak jawatan berikutan nasihat Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau akan memutuskan pengganti jawatan itu dan akan mengumumkan keputusan itu tidak lama lagi.

Post a comment

4 Comments

  1. Sebenarnya arahan letak jawatan itu datangnya dari DAP, semua punca masaalah dalam pentadbiran Tun Mahathir datang daripada DAP.

    DAP sangat berkuasa dalam pentadbiran Malaysia hari ini, para pemimpin PAS dan Datuk Seri Najib pun dah sahkan perkara itu.

    Mari kita sama-sama sokong Dr Maszlee Malik, beliau adalah Menteri Pendidikan terbaik Malaysia yang patut kita pertahankan.

    ReplyDelete
  2. betul cakap kau.kalau boleh kau ganti maszlee pasal otak kau terlebih advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg pandai jilat tun mangkuk dan cina terowong maka selamatlah hidupnya.
      Tak pandai layan manusia tamak dan gila kuasa dlm pakatan semburit maka ko akan kena semburit...hihihi

      Delete
  3. Bubarkan parti penjajah British UMNO! Nyah UMNO dari negara ini!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda