Pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular untuk ajar warisan negara kata Anwar

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), dilaporkan berkata pengajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah vernakular tahun ini bertujuan untuk mengajar para pelajar tentang warisan negara.

Anwar Ibrahim

Menurutnya hujah-hujah yang diberikan oleh pihak yang menentang subjek itu boleh menyentuh sensitiviti perkauman di kalangan orang-orang Melayu.

"Mereka menggambarkan seolah-olah tulisan jawi itu kuno. Sanskrit kuno, tetapi orang masih mempelajarinya. Tulisan latin juga kuno, tapi ia juga masih dipelajari,"

Menurut Anwar bahasa Melayu tidak boleh dikuasai tanpa mengetahui asal usulnya.

Katanya berdasarkan garis panduan, tulisan itu akan diajarkan hanya beberapa muka surat dalam buku teks di sekolah.

"Saya tidak fikir ianya satu masalah," katanya sambil menambah perkara itu tidak patut disensasikan.

Menurutnya, negara berada dalam kerugian kini kerana perbincangan sepatutnya tertumpu kepada isu-isu lebih penting seperti kualiti umum pembelajaran negara.

Rancangan kerajaan untuk memperkenalkan tulisan jawi kepada para pelajar tahun 4 di sekolah-sekolah vernakular tahun ini telah menerima tentangan hebat dari kumpulan-kumpupan pendidikan cina, terutamanya Dong Jiao Zong.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini mengesahkan bahawa pelajaran Jawi dalam subjek bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular hanya boleh dijalankan dengan persetujuan dari majoriti ibu bapa dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Menurutnya tanpa persetujuan 51% sama ada dari ibu bapa atau PIBG, subjek jawi tidak boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada silibus itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan