Petisyen kekalkan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dapat sambutan hangat

SUSULAN pengumuman meletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang dibuat oleh Maszlee Malik sebentar tadi, satu petisyen menggesa Perdana Menteri mengekalkan beliau bagi terus memegang jawatan itu dicipta menerusi laman sesawang — change.org





Tidak sampai 24 jam petisyen itu telah menerima lebih 39,000 tandatangan orang ramai (setakat artikel ini ditulis) menyokong gesaan itu.

Petisyen kekalkan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia

"YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat,"

"KPM di bawah kemudian YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan program usaha-usaha reformasi pendidikan," tulis petisyen yang ditujukan kepada Perdana Menteri oleh individu menggunakan nama Tuah Kencana itu.

Petisyen itu turut menyenaraikan antara sumbangan Maszlee Malik terhadap sistem pendidikan negara sepanjang menjawat jawatan berkenaan antaranya, program sifar sekolah dhaif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru "suka sama suka," penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET, dan menjaga kebajikan guru-guru.





"Malangnya segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan,"

"Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara. Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YAB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia," tulis petisyen itu yang kemudian disudahi dengan slogan "Pendidikan untuk semua,"

Petang tadi Maszlee Malik mengumunkan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA — Maszlee Malik letak jawatan dengan berat hati

1 Comments

  1. Susah kerja dgn bapak segala penyamun.
    Dialah menteri yg menyingkirkan dominasi bertahun2 untung atas angin kroni bapak segala penyamun.
    Kepala dia naik pening dgn gelagat2 puak dlm ph yg dikatakan berebut tender dan projek dlm kpm.
    Stigma menteri kasut hitam yg gagal memansuhkan tol spg renggam tetap jadi kenangan.
    Keberanian menyingkirkan dominasi kroni bapak segala penyamun dlm mengatur corakkan kpm sblm ini juga akan dikenang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan