Satu lagi negeri di Amerika halalkan hisap ganja

SATU lagi negeri di Amerika Syarikat dilaporkan mengambil keputusan untuk "menghalalkan" rakyat menghisap ganja bagi tujuan rekreasi.

Illinois, Amerika Syarikat dilapor memulakan tahun baru 2020 sebagai negeri terkini di Amerika yang menghalalkan marijuana untuk rekreasi.

hisap ganja

Ribuan pesalah berkaitan ganja berskala rendah sebelum ini turut diampunkan oleh gabernor wilayah itu.

Akta Kawalan Kanabis dan Cukai membenarkan penduduk berumur 21 tahun ke atas untuk membeli marijuana secara sah, dan akan mengampunkan ribuan individu yang disabitkan hukuman jenayah seluruh negeri itu.

"Kami mengembalikan hak untuk puluhan ribu warga Illinois. kami memperkenalkan kawalan dan keselamatan kepada pasaran yang sebelum ini haram dan tidak selamat. Dan kami mencipta satu industri baru yang meletakkan equiti pada asasnya," kata Gabernor JB Pritzker dalam satu kenyataan.

Pada malam hari selasa, Pritzker memberikan pengampunan kepada sejumlah 11,017 orang yang disabitkan kesalahan kanabis pada tahap rendah, tindakan pusingan pertama dalam rancangan untuk memberi pengampunan kepada lebih 700,000 individu lagi.

Penduduk warga illinois berusia 21 tahun ke atas kini akan dibenarkan untuk memiliki secara sah 30gram ganja, 5gram kanabis berkepekatan tinggi yang juga merupakan bahan aktif dalam kanabis biasanya terkandung dalam produk-produk hasil pemprosesan.

Manakala individu yang bukan penduduk illinois dibenarkan untuk membawa 15 gram ganja di bawah undang-undang itu, yang mana sekaligus turut memberi lesen untuk menanam dan menyediakan ganja.

proses ganja

Illinois merupakan negeri ke-11 di Amerika yang membuat keputusan untuk menghalalkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi, bersama negeri-negeri lain termasuk Washington.

Setakat ini sebanyak 34 negeri termasuk ibu negara telah membenarkan penggunaan ganja untuk rawatan perubatan.

Satu kajian yang dibuat oleh pusat kawalan kesihatan persekutuan Amerika yang diterbitkan dalam bulan Ogos mendapati bahawa negeri-negeri yang membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi melihat satu penurunan sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus kematian berkait lebihan penggunaan dadah.

Tindakan membenarkan marijuana juga dilihat meningkatkan aktiviti ekonomi negeri, menghasilkan peluang kerja dan membawa hasil cukai baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan