Loading...

Siapa Menteri Pendidikan baru bakal ganti tempat Maszlee Malik?

SEBAIK sahaja Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, pelbagai spekulasi dan khabar angin muncul berhubung siapakah pengganti yang bakal mengisi kekosongan jawatan itu.

Update 10 Januari 2020 — Tun Mahathir diumumkan sebagai pemangku jawatan Menteri Pendidikan

Siapa sahaja boleh dilantik menggantikan tempat Maszlee, kerana kuasa melantik individu sebagai menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Maka Tun Mahathir lah orang yang akan menentukan jawatan itu.

Maszlee Malik

Namun mari kita cuba 'narrow down' kemungkinan-kemungkinan yang ada atau boleh dikatakan sebagai pertimbangan-pertimbangan yang akan dibuat oleh Tun Mahathir untuk memilih Menteri Pendidikan yang baru.

1. Jawatan Menteri Pendidikan milik PPBM

Kita boleh faham bawatan jawatan Menteri Pendidikan yang disandang oleh Maszlee Malik sebelum ini, adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini kerana, Maszlee merupakan ahli parlimen PPBM. Maka apa yang boleh kita jangkakan, jawatan yang kosong itu tentu sekali akan diisi oleh orang PPBM juga.


2. Tun Mahathir tidak akan lantik ahli parlimen dari parti lain.

Menteri Pendidikan yang bakal dilantik oleh Tun Mahathir akan menjadi ahli jemaah kabinet. Jemaah kabinet menentukan keputusan keputusan yang ingin dibuat berdasarkan konsensus. Tentu sekali secara politik, Tun Mahathir akan melantik mereka yang boleh bersetuju dengan beliau di dalam membuat keputusan-keputusan kabinet.

Sebagai langkah selamat, tentu sekali Tun Mahathir tidak akan melantik Menteri Pendidikan dari parti lain, kerana ahli parlimen dari parti lain biasanya terikat dengan arahan-arahan dari Presiden parti masing-masing. Ini boleh menggangu keputusan-keputusan kabinet.


3. Orang yang dilantik mestilah berpengalaman dari segi pentadbiran dan juga politik.

Umum mengetahui bahawa Maszlee Malik "dinasihatkan," untuk meletak jawatan kerana telah menyukarkan kerajaan Pakatan Harapan akibat keputusan-keputusan yang dibuatnya semasa menjawat jawatan itu. Ini menunjukkan bahawa bekas pensyarah universiti itu, walaupun dilihat "boleh buat kerja," namun nampak "kurang bijak berpolitik,"

Menteri Pendidikan adalah satu jawatan yang berat kerana ia berkait langsung dengan rakyat, terutama ibu bapa dan guru. Maka, seseorang yang sekadar pandai mengurus namun tidak bijak berpolitik, tidak cukup untuk menggalas jawatan itu.

4. Mahathir takkan lantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pendidikan

Tun Mahathir semasa awal kemenangan Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional sebelum ini, telah melantik dirinya sebagai Menteri Pendidikan, namun beliau menyerahkan jawatan itu kepada Maszlee Malik kerana perbuatan itu melanggar manifesto Pakatan Harapan yang berjanji tidak akan membenarkan Perdana Menteri memegang portfolio kementerian lain.

Semua faktor-faktor yang ditulis di atas boleh dianggap sah jika Tun Mahathir tidak bercadang untuk melantik seorang senator bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Maka antara calon paling layak dan paling mungkin untuk dilantik sebagai Menteri Pendidikan adalah Ahli Parlimen PPBM dari Jeli iaitu Datuk Mustapa Mohamed kerana pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Pendidikan di zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu.

Calon kedua, tidak mustahil Tun Mahathir akan melantik Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu anaknya sendiri yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun sebagai Menteri Pendidikan.

Umum mengetahui, sudah menjadi tradisi pentadbiran Tun Mahathir semasa menjawat jawatan PM ke 4 dahulu bahawa seseorang yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, seterusnya mempersiapkan diri untuk menjadi perdana menteri di masa hadapan.

Post a Comment

0 Comments