Elak bersalaman untuk cegah jangkitan coronavirus kata Dr Lee Boon Chye

SEBAGAI langkah pencegahan dari dijangkiti coronavirus novel, orang ramai perlu mengelakkan dari bersalaman sebaliknya cukup dengan mengucapkan "Salam Malaysia," dengan isyarat meletakkan tangan di dada untuk bertegur sapa di antara satu sama lain kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Menurutnya coronavirus boleh tersebar sekiranya terdapat sentuhan fizikal dengan individu yang telah dijangkiti virus berkenaan.

Dr Lee Boon Chye

"jika seorang individu yang dijangkiti bersin dalam jarak tiga kaki (0.9 m), terdapat kemungkinan titisan air liur boleh memindahkan virus,"

"Jika titisan-titisan itu jatuh di atas permukaan seperti meja, dinding lif dan lain-lain, virus itu boleh hidup untuk beberapa jam, dan mereka yang menyentuh kawasan berkenaan boleh dijangkiti," kata beliau.

Menurut Lee, yang juga merupakan Ahli Parlimen Gopeng, orang ramai perlu mengamalkan kebersihan dengan cara membasuh tangan secara kerap menggunakan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan (sanitizer) sekaligus mencegah jangkitan.

Ditanya berkenaan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan di Singapura, kata Lee, kerajaan tidak bercadang untuk menghalang rakyat Malaysia melawat ke republik itu.

"Kami percaya Singapura boleh mengawal jangkitan itu. Kita harap Singapura boleh mengawalnya, jika Singapura tidak mampu berbuat demikian, risiko jangkitan di kalangan rakyat Malaysia akan meningkat tinggi," katanya.

Semalam Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tambahan tiga lagi kes jangkitan kerana virus di republik itu, membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 33. Setakat ini terdapat 16 kiss disahkan di Malaysia, kebanyakkan mereka merupakan Warganegara China.

Post a comment

1 Comments

  1. Memberi ucapan salam "Assalamu ‘alaikum" adalah do'a, lebih baik dari berjabat tangan, terutama seperti musim gawat sekarang.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda