Kenapa pembangkang beriya-iya tak mahu Anwar jadi PM?

KITA boleh lihat berulangkali pemimpin pembangkang terutama dari Umno dan Pas, mengeluarkan kenyataan tidak mahu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan.

Persoalannya kenapa mereka beriya-iya mahu menghalang Anwar?

Jawapannya sangat mudah, jika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, pembangkang merasakan itu tidak baik untuk mereka, dan mereka sukar menang pilihanraya.

Anwar Ibrahim

Itu akan menjadi situasi yang tidak menguntungkan gabungan pembangkang. Apa sahaja yang tidak menguntungkan mereka akan dihalang sedaya-upaya, dan mereka akan bertindak sebaliknya.

Kita semua tahu bahawa "core bussiness" parti-parti politik di Malaysia mahupun di mana-mana negara ialah mahu menang pilihanraya dan mahu meraih sebanyak mungkin undi rakyat untuk memerintah negara.

Umno dan Pas tahu, apabila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, beliau akan jadi Perdana Menteri yang paling popular, beliau akan sedaya upaya melaksanakan semua manifesto Pakatan Harapan, dan beliau akan melakukan pelbagai perkara yang baik untuk rakyat dan negara.

Sebagai contoh, dalam satu "mesyuarat tertutup" sebuah parti pembangkang, iaitu Parti Sosialis Malaysia, PSM, tahun lalu, Timbalan Pengerusi parti itu, Arulchelvan meramalkan Anwar apabila jadi PM akan menjadi PM yang popular, Anwar akan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Anwar juga diramal akan melakukan reformasi institusi dan menunaikan semua manifesto pilihanraya Pakatan Harapan. Gambar slide pembentangan itu tersebar di media sosial.

PSM

PSM sebagai sebuah parti pembangkang yang tidak menyokong KEADILAN dan Pakatan Harapan pun dapat melihat perkara itu, dan tentu sekali pihak parti-parti pembangkang lain turut berkongsi pandangan yang sama.

Segala perkara yang baik, untuk rakyat meskipun baik untuk rakyat Malaysia dan baik untuk kemajuan negara, itu bermakna tidak baik untuk gabungan pembangkang, itu akan menjadikan gabungan pembangkang tidak relevan di mata rakyat.

Dalam erti kata lain, apabila kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri nanti "perform" di dalam pentadbiran, maka gabungan pembangkang yang ditunjangi oleh Umno dan Pas menjadi tidak berguna, mereka tidak lagi dapat meraih sokongan rakyat sekaligus tidak akan menang pilihanraya.

Ini sifir yang sangat mudah untuk difahami dan dihadam, budak sekolah tadika pun boleh faham.

Jika Anwar jadi Perdana Menteri boleh menyebabkan pembangkang menang pilihanraya seterusnya menjadi kerajaan, sudah tentu mereka akan bersungguh-sungguh menyokong supaya Anwar jadi PM. Dalam kata lain "Sokong supaya rebah,"

Segala kenyataan yang diberikan, segala hujah yang dibentangkan, kononnya Anwar Ibrahim jika jadi Perdana Menteri akan membawa pelbagai perkara buruk kepada negara, rakyat akan menderita dan sebagainya sekadar alasan tak masuk akal.

Hey! Tak payah bohonglah, jika benar Anwar akan membawa perkara buruk kepada negara apabila jadi Perdana Menteri, maka tentu sekali pembangkang akan menyokong Anwar habis-habisan supaya jadi PM.

Ini kerana jika Anwar gagal tadbir negara, rakyat akan marah, rakyat tak suka kerajaan, maka lebih senang tugas pembangkang untuk meraih undi rakyat seterusnya menjadi kerajaan jika Anwar gagal memerintah.

"Dalam politik, apa yang musuh mahu, itulah perkara yang patut kita elakkan, dan kita patut bertindak sebaliknya,"

8 Comments

  1. Elehhh...kita rakyat pun tak mahu Anwar jadi PM, bukan parti pembangkang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau rasa diri kau rakyat, bagaimana kami yang rakyat juga ni, kami sokong DSAI jadi Perdana Menteri, rekod beliau terbukti.

      Sejak dari zaman muda lagi Datuk Seri Anwar telah memilih berkhidmat dan membantu rakyat.

      Semasa zaman belajar di Universiti, beliau wujudkan tuisyen percuma untuk anak-anak Melayu yang tak mampu hantar anak ke tusyen.

      Selepas zaman belajar di UM, Anwar tubuhkan Yayasan Anda Akademik, sekolah untuk anak-anak Melayu yang keciciran semasa peperiksaan SPM dan STPM.

      Masa zaman universiti lagi Anwar masuk ISA (tahanan penjara tanpa bicara) kerana membela nasib rakyat miskin di Baling Kedah.

      Semasa zaman beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, ketika memangku jawatan Perdana Menteri, boleh mengarahkan semua menteri-menteri kabinet untuk mengistiharkan harta, supaya dapat kesan mana menteri-menteri yang mendapat harta dengan cara rasuah dan penyelewengan.

      Banyak lagi tindakan Anwar Ibrahim, kalau nak dikira sangat besar jasa beliau.

      Delete
  2. "Segala perkara yang baik untuk rakyat Malaysia dan baik untuk kemajuan negara, itu bermakna tidak baik untuk gabungan pembangkang, itu akan menjadikan gabungan pembangkang tidak relevan di mata rakyat."

    Anonymous 13 February 2020 at 11:23 - BUKAN KITA tetapi kamu dan segelintir dari kalangan kamu rakyat tanpa parti yang tidak bersetuju Anwar jadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30% rakyat je yg setuju Anwar jadi PM

      Delete
  3. Cuba reverse psychology ler tew. Takut ke apa ke, yang dihadapan sekarang adalah, sekiranya Pas tetap membuat usul tu di sidang parlimen akan datang, apakah tindakan dari PH? Sokong ke tidak? Jeng jeng jeng....

    ReplyDelete
  4. https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/10/28/where-were-you-when-the-country-was-being-robbed-anwar/

    ReplyDelete
  5. Jdi pm tepi je la... Klu jdi pm ke 8 hancus..

    ReplyDelete
  6. Data pribadi
    negara Indonesia
    Nama: Arif Hidayat
    Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
    Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
    e_mail: [avantloanson@gmail.com]

    WhatsApp: +6281334785906

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan