Netizen tak setuju tubuh Kerajaan Perpaduan — Sinar Harian

TUN Mahathir mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan untuk dipimpin olehnya sebagai Perdana Menteri melibatkan semua parti politik bagi menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini.

Bagaimanapun hasil kaji selidik di atas talian menerusi akaun Facebook Sinar Harian, mendapati majoriti netizen tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri interim itu.

Kaji Selidik Kerajaan Perpaduan

Berdasarkan kaji selidik yang melibatkan 114,700 pengundi itu, sejumlah 75 peratus (86,025) daripadanya tidak bersetuju manakala hanya 25 peratus (28,675) yang bersetuju dengan penubuhan kerajaan tanpa pembangkang.

Jika tinjauan ini dijadikan kayu pengukur kehendak rakyat Malaysia, ya jelas sekali menggambarkan penolakan rakyat terhadap cadangan yang diusulkan oleh Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat tentu sekali mempunyai pelbagai pandangan, namun majoriti dilihat jelas menolak cadangan itu.

Dari segi kualiti pengundi, kita boleh menganggap tinjauan yang dibuat oleh Facebook Sinar Harian ini agak "reliable" kerana ia merupakan sebuah portal berita dan akhbar yang tidak menunjukkan kecenderungan jelas kepada mana-mana pemimpin mahupun parti politik.

Sumber — https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10158527881679883&id=87363369882

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan