Rupa-rupanya Umno dan Pas sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

RUPA-RUPANYA kesemua Ahli Parlimen Pas dan Umno bertindak menurunkan tandatangan (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Timbalan Presiden Pas seperti dilaporkan oleh sumber berita The Star.

Muafakat Nasional

Katanya lagi, parti itu bersama dengan Umno pada awalnya menurunkan tandatangan untuk menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Apabila Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatan dan menolak untuk menerima jawatan, Muafakat Nasional menandatangani SD untuk (menyokong) Muhyiddin,"

"Namun jika tiada majoriti yang jelas, kami mencadangkan untuk parlimen dibubarkan," katanya.

Pas dan Umno

Ulasan Tuan Ibrahim itu muncul susulan krisis politik yang mana menyaksikan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan selepas 26 ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan 11 Ahli Parlimen KEADILAN meninggalkan gabungan itu.

Dr Mahathir yang telah meletak jawatan kemudian dipilih sebagai Perdana Menteri interim pada hari Isnin (24 Feb) dan pada hari Rabu beliau mengumumkan cadangan untuk mengetuai satu pentadbiran tanpa parti.

Katanya, "betul atau salah, politik dan parti-parti politik mesti diketepikan buat masa ini,"

Parti-parti yang masih kekal dalam Pakatan Harapan, iaitu KEADILAN, DAP dan AMANAH sementara itu pada hari rabu menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri selepas Dr Mahathir enggan mempengerusikan majlis presiden gabungan itu pada hari selasa (25 Feb).

Update: 11:55 pagi

Setiausaha Agong Pas Takiyudin Hasan bagaimanapun menafikan laporan oleh The Star ini, katanya sebarang kenyataan hanya keluar dari Setiausaha Agung dan Presiden parti itu sahaja.

2 Comments

  1. Admin pon jadi bangang dan kalut mcm mahdey jugak.
    Lain kali tanya presiden atau su parti sblm buat kenyataan.

    ReplyDelete
  2. Pas dan umno tiap2 hari keluar sd baru. Apakah pendirian katun2 ni? Tahu apa makna pendirian? MeLAYU boleh sokong lagi malaun mcm ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan