Semua MP PPBM dan Pasukan Azmin sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

KESEMUA 26 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan 11 Ahli Parlimen bersama Azmin Ali menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia lapor The Star.

Pak Wan PPBM

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semasa mesyuarat di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini (27 Febuari).

Katanya keputusan itu dibuat selepas Muhyiddin bertemu dengan Perdana Menteri interim, dan juga merupakan pengerusi parti itu di pejabatnya di Putrajaya sebelum itu.

"Ya kami sokong Muhyiddin. Termasuklah 11 Ahli Parlimen yang bersama Azmin," kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu kepada wartawan ketika ditemui di luar rumah Muhyiddin.

Sebelum ini Tun Mahathir memberitahu wartawan bahawa beliau menerima Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya dia mampu mendapat sokongan daripada ahli parlimen.

"Muhidin mungkin jadi calon. Jika semua orang pilih dia, saya terima. Jika semua pilih dia, dia boleh bentuk kabinetnya," kata Mahathir selepas mengumunkan pakej rangsangan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

"Saya tak boleh terima Umno, Tapi saya akan terima mereka yang telah tinggalkan Umno, tetapi Muhyiddin sedia untuk menerima mereka, siapa sahaja yang menang saya akan terima dia sebagai Perdana Menteri," kata Tun Mahathir.

Sebelum itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mendedahkan bahawa satu kenyataan bersumpah menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah ditandatangani oleh gabungan Muafakat Nasional, namun ia sebelum keputusan untuk meminta parlimen dibubarkan.

"Kami telah berbincang beberapa nama sebagai cadangan untuk menyelesaikan krisis politik semasa," katanya menerusi satu pesanan ringkas kepada The Star pada hari hari ini (27 Feb).


Menurut Tuan Ibrahim, Muafakat Nasional (terdiri daripada Umno dan Pas) akhirnya mengambil keputusan untuk meminta parlimen dibubarkan.

"Muafakat Nasional akhirnya mengambil keputusan bahawa pembubaran parlimen adalah penyelesaian terbaik," katanya.

2 Comments

  1. Muhyidin ialah PM pilihan Atok utk menghalang anwar jd PM. Dan sekali lagi PM pilihan Atok akan gagal atau bawa bencana kpd negara?

    ReplyDelete
  2. Hancur negara.
    Bermakna ada 3 sekutu dlm parlimen.
    Baik bubar parlimen dpd negara jadi huru hara dgn karenah manusia2 tamak haloba ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan