Ahli Parlimen Sri Aman kembali sokong Pakatan Harapan

AHLI Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat yang mana semalam menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, hari ini dilapor kembali menyokong Pakatan Harapan.





Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam mesyuarat majlis presiden petang ini mengarahkan Masir untuk menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Masir Kujat

"PSB akan menyokong Dr Mahathir dan Pakatan Harapan untuk memenuhi harapan rakyat dalam pilihan raya umum ke 14. Kami percaya secara moral itulah tindakan yang patut dilakukan," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis presidennya.

Dalam satu rakaman video, Masir yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri menafikan beliau telah menandatangani satu kenyataan bersumpah menyokong Dr Mahathir sebaliknya beliau memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pagi tadi.

Kenyataan parti menjelaskan bahawa majlis presiden telah berbincang mengenai isu individu yang patut disokong sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Selepas pertimbangan yang mendalam dan berhati-hati, majlis presiden telah memutuskan bahawa, sebagai memegang prinsip, PSB mesti menyokong Dr Mahathir kerana gabungan Pakatan Harapan telah dipilih sebagai kerajaan oleh rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum ke-14," tulis kenyataan itu.





Menurutnya lagi pengundi Malaysia telah membuat keputusan untuk berubah dan menyerahkan kuasa kepada gabungan Pakatan Harapan.

"Pakatan Harapan mempunyai mandat rakyat dan, melainkan mandat ini dibatalkan boleh satu lagi pilihanraya umum, PSB berpendapat adalah salah untuk menafikan kehendak rakyat,"

Tidak dinafikan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam di kalangan mereka yang telah mengundi untuk perubahan dalam tahun 2018 apabila kerajaan yang mereka pilih jatuh akibat perselisihan dalaman dalam masa dua tahun perubahan bersejarah itu.

Menurut kenyataan itu lagi PSB sepanjang masa menghormati kemahuan rakyat, dan mengakui bahawa semua parti politik dan wakil-wakilnya hadir semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat.

1 Comments

  1. Lompat sikatak lompat.... Inilah kualiti yg ada pd ramai ahli parlimen. Padan muka rakyat krn 'cerdik' pilih

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan