India umum perintah berkurung (total lockdown) selama 21 hari akibat Covid-19

SEJUMLAH 1.3 bilion rakyat negara India akan melalui "total lockdown" selama 21 hari bagi mengekang penyebaran wabak virus Korona. Perintah itu diumumkan oleh Perdana Menteri negara itu Narendra Modi pada hari selasa.

"Mulai jam 12 malam ini seluruh negara akan berada dalam perintah berkurung, secara total," kata Modi dalam satu siaran langsung menerusi televisyen negara itu.

Total Lockdown India

"Bagi menyelamatkan India, untuk menyelamatkan setiap rakyatnya, anda, keluarga anda, semua jalan, setiap kejiranan dikenakan perintah berkurung,"

Menurut kerajaan, India dilaporkan tertinggal berbanding negara-negara lain, dari segi jumlah kes jangkitan Covid-19, namun telah menyaksikan peningkatan mendadak sejumlah 519 jangkitan, termasuk 10 kematian.

Langkah-langkah kawalan pergerakan telah dilakukan oleh negeri-negeri tertentu, termasuk penutupan sempadan dan larangan pergerakan yang hanya dibenarkan kepada perkhidmatan-perkhidmatan perlu di dalam mencegah kes jangkitan Covid-19 yang dilihat berpotensi menjejaskan sistem kesihatan awam India yang begitu rapuh.

Modi memberi amaran kepada rakyat agar mematuhi perintah berkurung itu sekiranya mereka mahu menghentikan penyebaran virus pembawa maut itu.

"Ini adalah satu perintah berkurung, kita terpaksa membayar kos ekonomi untuk ini, namun bagi menyelamatkan setiap ahli keluarga, ini adalah tanggungjawab semua orang, keutamaan terbesar," tambah perdana menteri.

"Jika 21 hari ini tidak dilakukan, negara dan keluarga anda akan mengundur ke 21 tahun yang lalu, saya tidak bercakap perkara ini sebagai Perdana Menteri anda, saya mengatakan ini sebagai sahabat senegara, ahli keluarga."

Negara-negara di Asia Selatan telah menyekat semua penerbangan antarabangsa selama seminggu bermula hari Ahad dan menlarang penerbangan tempatan serta menutup pelabuhan-pelabuhan laut dan sungai.

Perkhidmatan Keretapi India, jaringan pengangkutan terbesar dunia yang membawa lebih 20 juta penumpang setiap hari turut membatalkan semua perkhidmatan kecuali pinggir bandar dan keretapi pengangkut barang.

1 Comments

  1. 647 confirmed cases related to Tableeghi Jamaat found in 14 states, so far in India.
    We are providing Background Removal Service with more than 15 years of experience.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan