Indonesia anggarkan lebih 500,000 rakyatnya telah bersentuhan dengan suspek Covid-19

NEGARA jiran Indonesia dilapor menganggarkan kemungkinan lebih 500 ribu rakyatnya telah bersentuhan dengan suspek Covid-19 kata pihak berkuasa negara itu, di kala kerajaan memulakan ujian mendadak terhadap populasinya bagi mengesan kehadiran virus berkenaan.





Kumpulan "berisiko tinggi" ini dianggarkan antara 600,000 dan 700,000 bertebaran di seluruh Indonesia, di mana Selatan Jakarta merupakan kawasan yang paling teruk terjejas menurut pihak berkuasa.

Covid-19 Indonesia

Pada hari Sabtu (21 Mac 2020), kerajaan Indonesia telah mengumumkan bahawa wabak Covid-19 telah membunuh seramai 38 orang, dan sejumlah 81 kes baru disahkan membawa kepada jumlah keseluruhan kes itu sebanyak 450 di seluruh negara.

Sebelum itu dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Presiden Joko Widodo yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, kerajaan telah memulakan ujian pengesanan virus mulai tengahari Jumaat.

"Kami melakukannya dalam kawasan berdasarkan pengesanan kontak pesakit (coronavirus). Kami pergi dari rumah ke rumah untuk menjalankan ujian," kata Jokowi.





"Hasil pemetaan menunjukkan kawasan paling teruk terjejas ialah Selatan Jakarta," beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan-kawasan lain.

Indonesia, negara keempat paling padat di dunia dengan populasi berjumlah 270 juta orang kini sedang giat menjalankan ujian ke atas rakyatnya yang mungkin membawa jangkitan coronavirus di kala kerajaan berdepan dengan kritikan kerana lambat mengesan jangkitan virus berkenaan.

Indonesia telah mengumumkan dua kes jangkitan pertama coronavirus pada 2 Mac lalu.

Terdapat beberapa kes di mana pesakit yang mengalami pneumonia hanya dikesan positif Covid-19 selepas meninggal dunia, atau sehari sebelum kematian mereka.

Jurucakap kerajaan berhubung kes Covid-19, Achmad Yurianto memberitahu pihak media bahawa negara itu mengesahkan 60 lagi kes baru jangkitan coronavirus, membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 369 pada hari Jumaat.

Jumlah kematian meningkat daripada tujuh orang kepada 32 orang, menjadikan negara itu mempunyai kadar kematian Covid-19 paling tinggi di Asia Tenggara. Tujuh belas pesakit disahkan telah sembuh.

Dalam pada itu ketua palang Merah Indonesia memberitahu Reuters, kebarangkalian bahawa negara itu mempunyai kes coronavirus yang jauh lebih tinggi berbanding apa yang dilaporkan, disebabkan oleh kadar ujian yang rendah sekaligus ia memerlukan langkah pencegahan yang lebih keras seperti sekatan pergerakan (lockdown).





Negara keempat paling padat di dunia itu tiba-tiba muncul mempunyai kes jangkitan sebanyak 309 dalam masa tidak sampai tiga minggu, dan jumlah kematian meningkat kepada 25, paling tinggi di kalangan negara-negara Asia Tenggara.

"Jika ujian dijalankan rendah, maka kes dilaporkan juga rendah," kata Jusuf Kalla, kata seorang bekas naik presiden Indonesia yang juga merupakan pengerusi palang Merah republik itu.

Menurutnya lagi, jumlah sebenar kes jangkitan akan dapat didedahkan sebaik sahaja Indonesia menerima lebih banyak hasil ujian dari makmal.

Post a comment

2 Comments

  1. Are you interested in trading bitcoin binary and forex trade where you can earn 100% of your investment daily If you invest as low as $200 you will get a profit of $2,000 after 72 hours if you are intrested you can contact him via email: hackintechnology@gmail.com +12132951376(WHATSAPP)

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda