Menteri benarkan harga topeng muka dinaikkan 150% (RM2 sekeping)

HARGA topeng muka tiga lapis yang sebelum ini dijual pada harga 80 sen sekeping, dinaikan harga kepada RM2 sekeping iaitu kenaikan harga sebanyak 150% lapor The Star, portal berita milik MCA.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi dilapor membenarkan kenaikan harga itu bagi membolehkan pengilang mengeluarkan lebih banyak topeng muka.

Topeng muka naik harga

Harga topeng muka perlu dinaikkan disebabkan kos untuk menghasilkannya meningkat kata Linggi.

"Dengan membenarkan topeng muka dijual pada harga RM2, kita harap dapat menggalakkan pengilang tempatan untuk menghasilkan lebih banyak,"

"Harga ini akan membantu menampung kos membawa produk itu ke pasaran,"

"Dengan itu kita akan meningkatkan keberadaan topeng muka di pasaran," katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ronald Kiandee untuk berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri makanan dan kepenggunaan.

Menurut Kiandee pula, pihak pengeluar makanan telah membangkitkan beberapa isu yang akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara.

Sebagai contoh katanya, meskipun pengeluaran ayam dan telur dianggap industri penting (essential industry), para penternak perlu dibenarkan beroperasi untuk menyokong sektor itu ketika arahan kawalan pergerakan.

"Buat masa sekarang, menurut pihak berkepentingan mereka boleh memenuhi permintaan pasaran, maka tidak ada keperluan untuk pengguna membuat pembelian panik," katanya.

1 Comments

  1. Tekan, jangan tak tekan. Tekan sampai rapat, baru padan muka depa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan