Menteri Pertahanan Israel kongsi strategi untuk tangani wabak Covid-19

"Nama saya Naftali Bennett, dan saya Menteri Pertahanan Israel."

"Saya ingin berkongsi dengan anda satu pemahaman yang paling penting tentang keseluruhan epidemik coronavirus,"

Menteri Pertahanan Israel

"Perkara yang paling penting, lebih penting dari penjarakan sosial (social distancing) umum, lebih penting dari ujian, ujian, dan ujian, lebih penting dari yang lain-lain ialah untuk memisahkan orang tua dengan orang muda,"

"Kombinasi paling membunuh ialah apabila seorang nenek memeluk cucunya, kenapa ia berlaku? Kerana Korona adalah sejenis virus yang unik, kerana ia lebih berbahaya (penyebab kematian) kepada orang tua berbanding orang muda,"

"Dalam banyak negara, sifar kematian orang muda, di negara yang ramai orang maut, hanya 0% hingga 0.1% sahaja individu di bawah umur 30 atau 20, maut,"





"Manakala orang-orang tua yang berumur 70 dan 80 tahun ke atas, pada kadar nisbah, satu daripada lima, satu daripada tujuh, yang dijangkiti virus maut,"

"Jadi apa yang perlu kita lakukan pada jangka masa seterusnya, ialah dengan menjaga datuk dan nenek kita tetapi dari jauh,"

"Banyak (aplikasi) WhatsApp, dan Skype dan lain-lain anda boleh sebutkan (boleh digunakan untuk berhubung), (anda boleh) berikan mereka makanan, bersihkan bekas makanan sebelum anda pergi, dan hantar ia ke rumah mereka,"

"Tetapi jangan masuk ke dalam rumah, jangan peluk mereka, kerana anda hanya akan memberi risiko kepada mereka,"

"Akhirnya orang bertanya, adakah orang-orang tua akan terus diasingkan selama-lamanya?"





"Jawapannya adalah tidak, apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang, secara perlahan-lahan akhirnya keseluruhan populasi sama ada anda mahu atau tidak, keseluruhan populasi akan dijangkiti coronavirus,"

"Majoriti orang dalam seluruh populasi akan dijangkiti coronavirus, tanpa mereka mengetahuinya, ia mungkin mengambil masa tiga atau empat minggu, mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai virus, dan di hujung empat minggu itu, mereka akan menjadi imun (kebal),"

"Ia akan bermula dari 0.1%, 1%, 5%, 20% apabila ia mencapai 60%, 70% populasi telah menjadi imun, epidemik akan berakhir, datuk dan nenek bolehlah keluar,"

"Ia mungkin mengambil masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan, atau mungkin juga lebih lama sedikit, tapi itulah rancangannya,"

"Semoga berjaya, jaga datuk dan nenek, jangan datang menghampiri mereka,"

1 Comments

  1. Are you interested in trading bitcoin binary and forex trade where you can earn 100% of your investment daily If you invest as low as $200 you will get a profit of $2,000 after 72 hours if you are intrested you can contact him via email: hackintechnology@gmail.com +12132951376(WHATSAPP)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan