Loading...

Pembawa coronavirus tiada simptom namun masih boleh menjangkiti orang lain — Kajian

SATU kajian yang dijalankan di Itali mendapati individu yang telah dijangkiti Covid-19, namun tidak menunjukkan sebarang simptom, masih tetap boleh menjangkiti orang lain lapor South China Morning Post (SCMP).

Sumber - Coronavirus carriers with no symptoms could spread disease, Italian study shows

Itali merekodkan 683 kematian, dan 5,210 jangkitan baru pada hari rabu membawa kepada jumlah kematian 7,503 dan 75,000 kes keseluruhan.

Analisis yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit Covid-19 di Lombardy, kawasan paling teruk terkesan di Italy mendapati tiada perbezaan ketara jumlah virus (viral loads) di antara pesakit yang mempunyai simptom ataupun tidak.

Pesakit Covid-19

Terdahulu kajian yang dibuat di Wuhan China, di mana kes jangkitan mula ditemui pada bulan Disember tahun lalu, menganggarkan sekitar 60 peratus individu yang telah dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom.

Kertas Kajian yang dibuat di Itali itu boleh dibaca menerusi platform arXiv, ia dibuat berdasarkan analisis terhadap 5,830 kes-kes yang telah disahkan di makmal di antara 14 Jan dan 8 Mac. Separuh daripada kes-kes yang dikaji merupakan individu berumur 50 tahun ke bawah.

Dalam kajian itu, 16 peratus jangkitan terdiri daripada kakitangan kesihatan, 47 peratus pesakit dimasukkan ke hospital, manakala 16 peratus lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Analisis lanjut yang dijalankan oleh pasukan dari Itali itu terhadap 380 pesakit yang telah disahkan dijangkiti coronavirus pada 21 Februari, mendapati 17 daripada mereka tiada menunjukkan sebarang simptom, manakala 68 kes lagi tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas. Namun jumlah virus yang ditemui pada kedua-dua mereka adalah sama.

"Kami tidak melihat perbezaan ketara jumlah virus di dalam calitan rongga hidung (nasal swab) di antara subjek-subjek yang mempunyai simptom dan tidak, ini menunjukkan potensi penyebaran virus yang sama," tulis laporan itu.

Kajian di Wuhan, China yang diterbitkan menerusi platform MedRxiv awal bulan ini, menganggarkan sejumlah 60 peratus individu yang telah dijangkiti virus tidak mempunyai simptom atau mempunyai tanda-tanda yang sangat minimum, sekaligus ia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Anggaran itu berdasarkan sejumlah 26,000 kes yang disahkan di makmal bandar itu, di antara bulan Disember dan Februari.

Sementara itu penyebaran coronavirus, terus meningkat dengan Sepanyol merekodkan 738 kematian - rekod harian paling tinggi. Jumlah kematian di sepanyol kini 3,434 orang, jumlah itu telah mengatasi kematian akibat Covid-19 di Tanah Besar China.

Kes jangkitan di Amerika Syarikat pula berjumlah 54,453 kes dan 737 kematian, dengan lebih separuh daripada kes-kes jangkitan dilaporkan berlaku di New York.

Dianggarkan lebih 3 bilion orang di seluruh dunia kini menjalani perintah berkurung kerana kerajaan perlbagai negara di seluruh dunia sedang berusaha untuk menyekat penyebaran wabak berkenaan.

Ketua World Health Organisation (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus dilaporkan berkata strategi itu untuk melengahkan masa selain mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan negara.

"Namun terpulang kepada mereka, langkah-langkah ini tidak akan menghapuskan epidemik," katanya.

"Tujuan pelaksanaan tindakan ini ialah untuk memikirkan langkah-langkah yang lebih tepat dan bersasar yang diperlukan untuk menghentikan penyebaran dan menyelamatkan nyawa,"

Post a Comment

5 Comments

  1. Hai, apakah Anda mencari pemberi pinjaman yang legal dan andal? Apakah Anda memerlukan pinjaman? Apakah Anda memerlukan bantuan keuangan yang mendesak? Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk melunasi hutang Anda atau apakah Anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda? Kami menawarkan semua jenis pinjaman kepada individu dan perusahaan dengan tingkat bunga 2% dengan ketentuan yang jelas dan mudah dipahami. Kami akan mengirimkan jumlah berapapun ke lokasi mana pun, jika Anda tertarik dengan pinjaman dari perusahaan kami, silakan hubungi kami untuk informasi lebih lanjut

    (E-MAIL) globalfinanceloancompany1@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. A pneumonia of unknown cause detected in Wuhan, China was first reported to the WHO Country Office in China on 31 December 2019.
    We are providing Background Removal Service with more than 15 years of experience.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda