Selepas istikharah saya tekad buat keputusan yang berat — Maszlee Malik

Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini?

Saya akui, saya memang mentaati disiplin parti dan bersama Presiden sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari istana semalam.





Saya cuba untuk menjadi seorang 'party-man', seorang yang teguh dengan parti kerana saya sering ditegur oleh Kepimpinan parti yang saya tidak pandai menjadi 'team player', saya tidak pandai berpolitik.

Maszlee Malik

Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.

Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.

Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?

Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?

Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam, dan juga semua para penyokong.

Suara mereka satu sahaja, "Jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah kami berikan kepada YB sehingga meletakkan YB sebagai wakil kami di parlimen."

Saya berbincang dengan mereka yang dekat dengan saya, dan saya telah melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.





Akhirnya pada jam 4 petang semalam, saya tekad untuk membuat keputusan yang amat berat.

Saya akui saya sayang dan bersama Tan Sri Presiden sejak dari awal, malah membulatkan tekad bersama beliau dan meyakini beliau adalah calon PM bagi parti.

Namun bukanlah sehingga menghampakan undi rakyat yang telah meletakkan kita di kedudukan kita pada hari ini. Rakyat pulang mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk tumbangkan regim kleptokrasi UMNO-BN. Itu pasti.

Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

Kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar.

Mereka mengingatkan siapa saya, kenapa saya ceburi politik, dan kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundi saya dahulu.

Mereka tidak akan redha untuk saya bekerjasama dengan watak-watak yang sama-sama kami jatuhkan sewaktu PRU14, lantas meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkorban dari awal.

Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik.

Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang dua bulan ini. Ditendang, disalahfahami, dikecam, dimusuhi kerana isu-isu yang saya sendiri tidak pilih.

Di dalam politik, saya orang baharu. Tetapi prinsip sayangkan negara, letakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik, telah lama ada.

Saya memohon maaf atas kekhilafan saya selama ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur.

Demi rakyat, demi negara. Biar putih tulang, jangan putih mata. Membujur lalu melintang patah.

Terus berjuang dan kekal berprinsip.

Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali.


YB Dr Maszlee Malik

Ahli Parlimen Simpang Renggam
1 Mac 2020

14 Comments

  1. Takkan ko nak bersama dgn tun mangkuk tu?!!
    Ko dipecat pon krn dia tak puas hati ko tak sambung kontrak kroni dia. Mmg patut pon tak disambung...perkhidmatan rupa celaka tapi setiap bulan kementerian pendidikan terpaksa bayar sewa yg tinggi. Kat situ aku puji keberanian ko.

    Skrg game yg dia mainkan dah tamat. Anwar dah kena khianat.
    Dia yg setuju lantik tsmy jd pm pon boleh u-TUrN kata tsmy pula khianat dia.

    So skrg negara perlu move on. Lupakan terus manusia yg tamak haloba dan khianat pada kawan dan lawan demi keseinambungan legasinya. Biar mrk berkubur terus. Biar dia rasa apa yg anwar rasa menyalak suatu ketika dulu. Biar dia meroyan dgn persepsi dia ada majoriti besar. Konon menagih simpati.

    Cukup2lah...rakyat dah bosan negara dicatur oleh manusia tamak haloba mcm dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mlm ni akupon nk istikarah cm maszlee,nk pilih org tamak atau penyamun.

      Delete
    2. bodoh la ko....dia nk mnyalak sekali pun ada ker dia klepet duit rakyat mangkok....oiii

      Delete
    3. Rasanya dr. Mazslee tak sedar selama ini dia dipecat oleh org yg tamak dan penyamun besar...

      Bukan aku yg kata...mantan2 menteri KERAjaan PM7 ketika PM7 jadi PM4

      Delete
    4. Memang celaka, pakai letrik sekolah tak bayar

      Delete
  2. anuar menyalak sekalipun atau khianat lwn atau kwn ada ker diaorg berjemaah klepet duit rakyat??? Bongok pnya komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dlm perbicaraan cai..

      Gone eng klepet duit terowong dah dibicara tapi ditutup kes...
      PM7 dan PM7i terkejut cai kenapa kes tu boleh tutup...

      Dulu pon anwar, lim kit sial kata nak penjarakan PM4 bila ada kuasa tapi takut dgn PM7...

      Skrg anwar kena game oleh PM7
      dan terus jadi PM tepi...

      Dia kena game oleh PM7....
      TEPOKKK!!!!!

      Delete
    2. Dalam hal ini kerana ketamakan tun m..impian anwar terkubur.
      Kalau parlimen bubar rasanya dgn situasi semasa ph akan kalah teruk

      Isu janji yg tak ditunai
      Perlanggaran perlembagaan
      Penghinaan kpd institusi raja, agama dan bangsa
      Penjualan secara borong aset negara
      Kes rasuah, rogol, pengganas, pghinaan ditutup

      Mmg agak sukar...

      Delete
  3. Kalau tdm dan dsai tak berebut kuasa, semua ini tidak akan berlaku.
    Benarlah kata org, hebat mana kita merancang, tuhan yg menentukan.
    Peribahasa mengatakan, org tamak selalunya rugi boleh dikaitkan dengan senario semasa.

    ReplyDelete
  4. Tongong!!!

    Kalau tak suka cara parti kenapa letak jawatan pm7?
    Jika iye pon nak letak jawatan kena rujuk/tanya dulu parti komponen yg lain.
    Sekadar nak test power konon...

    Kalau dah kalut sekalipon kenapa umum nama tsmy sebagai pm8. Kenapa tak umum nama anwar?!

    TAMAK DAN GILA KUASA!!!
    LEPAS TU SALAHKAN ORG LAIN.
    KO PUNYE GAME DAN KO GAME DIRI KO SENDIRI!!!!

    TONGONG!!!!

    ReplyDelete
  5. Aku kesian kat tian chua yg galak berjuang rempuh pasukan fru tapi ditampar dan diterajang oleh pencacai2 bangang.

    ReplyDelete
  6. Dlm temuramah tertutup di malaysiakini tdm menyalahkan dsai dgn kemelut yg diciptanya.
    Jika ph tidak mencalon dsai sebagai pm mgkin ph masih bertahan. Dgn undian 92 ph dan tdm ketika itu 50 ke 60 undian jika digabungkan mungkin ph bertahan.
    Yang ko tak datang mesyuarat tergempar majlis presiden.... KENAPA?!!!!
    Terpaksalah mrk lantik dsai. FAHAM!!!!!

    SUDAH2LAH GILA JAWAPAN PM TU!!!!!
    EKONOMI MAKIN MERUNDUM KO JADI PM7. HUTANG MELONJAK PALING TINGGI!!!
    MOVE ON!!!!
    BERHENTI SALAHKAN ORANG LAIN!!!!!!!
    KO YG CIPTA KEMELUT!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan