Loading...

Semua isirumah Singapura dapat 500ml pembasmi kuman (sanitizer) percuma

KETIKA negara kita berdepan kekurangan pembasmi kuman di farmasi seluruh negara, diburukkan lagi dengan harga jualan yang melampau akibat segelintir pihak mengambil kesempatan, semua isirumah di Singapura menerima 500ml pembasmi kuman (hand sanitizer) secara percum.

Temasek Foundation mengumumkan semua isi rumah di Singapura akan menerima 500ml pembasmi kuman secara percuma lapor Channel News Asia pada hari selasa (17 Mac 2020), susulan republik itu merekodkan peningkatan mendadak kes Covid-19 dalam masa sehari.

Pembasmi kuman percuma

Pembasmi kuman itu boleh diperolehi di mana-mana kelab masyarakat bermula 23 Mac sehingga 29 Mac atau mana-mana 16 pasaraya CapitaLand yang mengambil bahagian bermula 23 Mac sehingga 5 April.

Bagi mengelakkan kesesakan, satu tarikh kutipan akan diberikan untuk setiap isi rumah menerusi risalah yang akan diedarkan. Penduduk diwajibkan untuk membawa bersama risalah yang diterima bagi membolehkan mereka mengambil pembasmi kuman secara percuma.

Pada hari pengambilan, para penduduk diminta menyediakan satu botol yang bersih untuk diisi 500ml cecair pembasmi kuman.

Cecair pembasmi kuman itu merupakan cecair berasaskan air tanpa alkohol dan tidak mudah terbakar, tidak bersifat toksik atau menghakis. Ia juga tidak melunturkan pakaian atau memberi radang kepada kulit.

Cecair itu akan dibancuh di kawasan agihan oleh sukarelawan terlatih sebelum dituang ke dalam botol-botol milik penduduk.

Pembasmi kuman tanpa alkohol bersifat lembut kepada tangan, selamat untuk kanak-kanak dan tidak mudah terbakar menjadikan ia selamat untuk kegunaan.

Pembasmi kuman itu mengandungi 0.054 peratus benzalkonium chloride (BKC). Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (National Environment Agency) Singapura, 0.05 peratus BKC sudah cukup untuk membunuh coronavirus.

Ditanya mengapa Temasek Foundation mengambil keputusan untuk mengedarkan pembasmi kuman kepada setiap isi rumah, Pengerusi Temasek, Lim Boon Heng berkata: "Temasek Holdings percaya masyarakat yang sihat baik untuk perniagaan,"

"Bila anda mempunyai sebuah masyarakat yang sakit, orang tidak boleh kerja. Dan rakyat tidak boleh gunakan barang yang kamu hasilkan. Sebab itu membantu masyarakat sihat adalah sebahagian daripada DNA Temasek."

"Jadi Kami sangat gembira mendapat peluang ini supaya boleh membuat sesuatu berkhidmat dengan masyarakat untuk membantu rakyat mengatasi masalah Covid-19 ini," tambahnya.

Pengagihan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif "Stay Prepared" (Kekal Bersedia) oleh Tabung Persediaan Kecemasan Temasek, yang diuruskan oleh Temasek Foundation bagi membantu rakyat Singapura di tengah-tengah wabak Covid-19.

Stay Prepared membantu rakyat Singapura menghadapi kecemasan seperti kemalangan besar, bencana alam, pandemik, jerebu teruk ataupun serangan pengganas.

Dalam perkembangan sama di Malaysia, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengambil langkah prihatin mengagihkan topeng muka, sabun antibakteria, dan pembasmi kuman kepada penduduk di bawah Parlimen Port Dickson.

Anwar Ibrahim

Post a Comment

9 Comments

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda