Ada penduduk Sabah makan siput babi, dan daun, bayi minum air gula kerana tiada makanan

KESUKARAN yang kini sedang dihadapi oleh penduduk di Sabah sehinggakan ada di kalangan mereka terpaksa makan siput babi, dan daun, manakala bayi hanya diberikan air gula.


Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Arifin Manan mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan telah menyebabkan golongan 'stateless' di negeri itu tidak dapat bekerja dan terputus bekalan makanan.

Siput Babi
Gambar Hiasan

Menurutnya kebanyakan golongan ini bekerja sebagai buruh harian, pekerja kedai, petani dan nelayan yang rata-ratanya tidak layak untuk menerima bantuan keperluan asas daripada kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (Mac) lalu.


"Malah PKP juga menyebabkan mereka tidak dapat bekerja dan terputus bekalan makanan," 

"Kesukaran yang dialami ini menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa makan siput babi, daun dan bayi diberikan air gula," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menerusi Facebook.

Justeru Pemuda Isma memohon jasa baik syarikat-syarikat swasta perseorangan dan mana-mana individu untuk memberi sumbangan ke tabung bantuan keperluan asas Covid-19 untuk fakir miskin ini bagi membolehkan mereka menikmati sesuap nasi untuk mengisi perut yang lapar dan bayan kecil boleh diberikan susu.


Beliau antara lain mendakwa sebahagian daripada warga tempatan sukar untuk menerima bantuan Kerajaan kerana masalah logistik.

Sumber — Pemuda Isma

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan