Ahli Parlimen Batu Sapi VK Liew meninggal dunia

AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Vk Liew Vui Keong, 60 yang juga merupakan bekas Menteri undang-undang dilaporkan telah meninggal dunia.



Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah antara yang menyampaikan ucapan takziah menerusi laman facebook rasmi beliau.

Minggu lalu VK Liew dimasukkan ke hospital Gleneagles Kota Kinabalu sebelum dilaporkan koma sebelum ini. Beberapa sumber memaklumkan mendiang mengalami jangkitan paru-paru.

Mendiang sebelum ini pernah menjadi presiden parti liberal demokratik (LDP) yang menjadi komponen barisan Nasional ketika itu sebelum menyertai Parti Warisan.

Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri ketika pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2008 dan Najib Razak dalam tahun 2009 hingga 2013.

Dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu, mendiang bertanding dalam pilihan raya parlimen batu sapi dalam pertandingan empat penjuru menentang parti PBS, Amanah, dan Pas dan memperolehi undi sebanyak 12,976 sekaligus memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 4,619 undi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan