Anwar tubuh 'kongsi gelap' ketika zaman sekolah

KETIKA masih menuntut di sekolah Elit MCKK (Malay College Kuala Kangsar) saudara Anwar Ibrahim menubuhkan satu kumpulan 'kongsi gelap' diberi nama MARAMUNJANGAN atau MARAMUNJA yang berasal dari perkataan "Mara ke hadapan mundur jangan,".

MCKK 1965

Kumpulan ini dianggotai oleh 11 orang rakan-rakan beliau. Antara ahli kumpulannya ialah Datuk Fauzi dan Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (Pengerusi DRB HiCom) dan beberapa orang teman lain.

Jangan salah faham, kumpulan ini disebut 'kongsi gelap' bukanlah kerana ia menjalankan aktiviti haram, sebaliknya kerana ia adalah kumpulan kecil tidak berdaftar dan hanya dianggotai oleh rakan-rakan rapat Anwar Ibrahim semasa di bangku sekolah.

MARAMUNJA ditubuhkan untuk membela anak bangsa yang mundur dan tercicir dalam pelajaran. Setiap ahli anggota kumpulan ini perlu mengendalikan kelas tuisyen percuma dan memberi motivasi kepada anak-anak Melayu sepanjang cuti penggal persekolahan.

Setiap ahli anggota juga mesti menyediakan laporan aktiviti mereka. 

Selain itu antara aktiviti lain MARAMUNJA ialah menubuhkan tabung kewangan di kalangan ahli yang berkemampuan.

Jika ada mana-mana ahli atau pelajar yang kesempitan wang, mereka akan dibantu dengan tabung ini. 

Contoh yang selalu berlaku, jika ada pelajar-pelajar miskin yang tidak cukup wang untuk membeli tiket bas atau keretapi untuk pulang ke kampung maka duit dari tabung ini akan digunakan untuk membantu mereka.

Suatu hari pernah diceritakan bagaimana Anwar ternampak sebuah rumah orang kampung miskin yang rosak atapnya berhampiran Bukit Chandan. Beliau mencadangkan agar duit tabung MARAMUNJA digunakan untuk bantu menukar atap rumah tersebut dan mereka bersetuju.

Mereka pun pergi ke rumah tersebut dan menawarkan untuk membantu memperbaiki atap berkenaan. Tuan rumah terkejut kerana yang datang menawarkan bantuan adalah anak-anak sekolah yang umurnya belasan tahun pada waktu itu.

Dengan perbelanjaan $80 dikeluarkan dari tabung MARAMUNJA bumbung rumah pakcik berkenaan berjaya ditukar termasuk upah tukang rumah juga ditanggung oleh mereka.

Sejak dari peristiwa itu setiap kali hujung tahun, mereka mengadakan mesyuarat, jika ada lebihan wang tabung MARAMUNJA ia akan digunakan untuk membantu orang-orang kampung yang miskin.

"Anwar Ibrahim, to know is to love," — MiLo SuaM

1 Comments

  1. Sudah2 nak buruk kan anwar.apa dosa dia Kat kamu.ajaran mana yg Kamu ikut.kerja nak buruk kan orang.kamu tu baik sangat ker.sudah2 lah.tanamkan kebencian terhadap anwar.jgn Jadi barua org politik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan