Covid-19 tidak dapat halang Sarawak adakan pilihanraya negeri kata Timbalan Ketua Menteri

PANDEMIK Covid-19 tidak akan dapat menghalang Negeri Sarawak untuk mengadakan Pilihanraya Negeri ke 12 selari dengan undang-undang negeri kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.



Ditanya tentang kebimbangan rakyat bahawa negeri itu akan mengalami nasib serupa seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas pilihanraya 26 September lalu, katanya pilihanraya tetap akan diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

James Masing

"Covid-19 adalah satu faktor, namun terdapat negara-negara yang mengadakan pilihan raya semasa pandemik ini, satu Singapura, satu lagi Korea Selatan, dan baru-baru ini New Zealand,"

"Mereka mengadakan pilihanraya tanpa masalah di mana SOP dipatuhi," katanya.

Masing yang juga merupakan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan ditemui oleh wartawan selepas merasmikan majlis pecah tanah untuk "Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Rancangan Jalan Sungai Bidut/ Kampung Sebedil/ Kampung Bungan Kecil" di Bawang Assan hari ini.


"Kita tidak ada pilihan, jika kita tidak mengadakannya sekarang, selepas lima tahun Dewan undangan Negeri akan terbubar secara automatik," kata Masing yang menjelaskan bahawa beliau tidak tahu jika ada mana-mana peruntukan yang membolehkan suatu pilihanraya ditangguhkan.

"Jika pilihan raya tidak diadakan, pada bulan Jun tahun depan dewan undangan negeri akan dibubarkan dan Sarawak tidak mempunyai sebarang kerajaan,"


"Keputusan untuk membubarkan Dewan undangan Negeri bagi memberi laluan kepada satu pilihan raya ditentukan oleh ketua menteri," tambahnya.

Sumber — Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan