Dua lelaki hitamkan tulisan cina pada papan tanda jalan ditahan polis

DUA orang lelaki yang menghitamkan tulisan cina pada papan tanda jalan dilaporkan telah ditahan polis selepas disoal siasat beberapa jam di Balai Polis Jalan Patani, Georgetown Pulau Pinang.


Menurut peguam Shamsher Singh, anak guamnya Mohd  Firdaus Adnan atau lebih dikenali sebagai "Tok Singa" dan seorang ahli Pas, Azmi Jaafar telah dipanggil oleh polis untuk diambil keterangan di balai polis tersebut.

TAG

Menurutnya mereka telah disoal siasat sehingga jam 1.20 pagi dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas mereka berjanji untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 427 dan 505(c) kanun keseksaan kerana melakukan khianat dan mengeluarkan kenyataan khianat awam yang boleh mendorong atau mengapikan suatu golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap mana-mana kaum atau golongan.

Firdaus dan Azmi sebelum ini viral di media sosial menerusi satu rakaman video menunjukkan mereka menghitamkan terjemahan tulisan cina pada papan tanda jalan. Menurut mereka hanya bahasa Melayu yang boleh digunakan sebagai bahasa rasmi.



Penahanan itu disahkan oleh ketua balai polis daerah timur laut Soffian Santong yang memaklumkan bahawa siasatan kes itu kini sedang dijalankan.

Firdaus kemudiannya memberitahu menerusi halaman Facebook bahawa "Tok Singa Page" yang dikendalikan olehnya telah dipadam oleh gergasi media sosial itu, kerana menerbitkan kandungan yang melanggar peraturan masyarakat. 



Katanya lagi dia akan menggunakan halaman baru untuk berkomunikasi dengan para peminatnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan